Thursday, 26 January 2012

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Makanan masih tidak seimbang jika ada sayur tapi tiada lauknya....jadi untuk tengahari ini NA juga sediakan lauknya.....Ikan Bawal Masak Masam Manis.....


Bahan-bahan
 2 ekor ikan bawal yang kecil  ( letak garam kunyit 
dan goreng)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar ( potong bulat)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 batang timun (buang biji dan potong memanjang)
1 biji buah tomato dibelah empat
7 sudu makan cili giling
4 sdudu makan cili sos
3 sudu makan cuka
2 1/2 sudu kfc garam
2 sudu makan gula
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak 

Cara-cara
 1.Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang
2. Cili merah dan cili hijau di potong serong
3. Panaskan minyak dan tumis cili giling
4. Bila agak garing masukkan bawang besar dan bahan-bahan no.1
5. Bila bawang layu, masukkan cili sos, cuka, gula dan garam
6. Masukkan air dan kacau hingga sebati
6. Biarkan mendidih kemudian masukkan timun, cili merah dan tomato (nak letak karot pun boleh)
7. Kacau sebati dan masukkan ikan
8. Balik-balikkan ikan dan angkat
9. Jika hendakkan ikan sentiasa garing....tuangkan sahaja kuah diatas ikan

KERABU SELOM BERSARDIN

Menu NA tengahari ni......mudah dan ringkas.......jemput makan



Bahan-bahan


1 ikat daun selom
1 kuntum bunga kantan
1 1/2 biji cili merah
1/2 tin sardin ( NA guna sardin ADABI )
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
 Air perahan limau nipis
sedikit garam


Cara-cara
1. Potong kecil-kecil daun selom, bunga kantan dan cili merah
2. Satukan di dalam sebuah bekas


3. Dalam sebuah bekas yang lain satukan bawang yang dipotong dadu, sardin, air perahan limau nipis dan garam




4. Masukkan ke dalam campuran sayuran tadi dan gaul sehingga rata
5. Sedia untuk dihidangkan

Tuesday, 24 January 2012

PUDING ROTI KARAMEL

Dedekasi untuk rakan sekerja Pn. Norhifzan Che Jalil......terima kasih atas perkongsian resepi ini...


Bahan-Bahan
 3 sudu makan gula (untuk gula hangus)
 4 1/2 keping roti gardenia
 1 tin susu cair
 4 biji telur
 1/2 cawan gula
 esen vanilla


Cara-cara


1. Panaskan gula dalam loyang dengan api sederhana untuk membuat gula hangus dan ketepikan.



2. Blend semua bahan yang lain sehingga sebati dan tuangkan diatas karamel tadi


3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak


4. Terbalikkan puding ini apabila ia telah sejuk



Nota : Jika suka puding ini berkuah tambah 1 sudu gula lagi untuk gula hangus

Monday, 23 January 2012

PUFF TUNA


Resepi ni NA jumpa dalam akhbar Harian Metro.....mudah dan ringkas cara membuatnya...meh la cuba....




Bahan-bahan

4 keping roti parata segera ( NA guna 5 keping )
1 tin kecil isi ikan tuna ( NA guna Ayam Brand Tuna Cilli )
2 sudu besar mayonis
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji kuning telur untuk disapu di atas puff


Cara-cara
1. Sediakan inti dengan mencampurkan semua bahan kecuali roti parata
2. Bahagikan roti parata kepada empat bahagian
3. Ambil satu bahagian, masukkan inti dan lipat menjadi bentuk segi tiga.Buat sehingga habis kepingan roti 
4. Susun atas dulang pembakar yang telah dioles dengan marjerin
5. Potong sedikit bahagian atas puff tuna dan sapukan dengan kuning telur
6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 25 hingga 30 minit
7. Sedia untuk dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang

Friday, 20 January 2012

GULAI LEMAK TIMUN IKAN MASIN


Bahan-bahan

Beberapa ketul isi ikan talang masin (direndam semalaman)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
10 biji cili padi
7 sudu kfc kunyit serbuk
2 sudu kfc garam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1000ml air
300ml santan
1/2 biji timun dibuang biji dan potong mengikut kesukaan

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan dengan air dan masak hingga mendidih
3. Masukkan timun dan ikan. Biarkan seketika
4. Masukkan santan dan serbuk kunyit serta garam
5. Bila hampir masak, masukkan lada hitam
6. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Monday, 16 January 2012

APAM GULA HANGUS

NA cuba resepi dari blog Syakitchen.......inilah hasilnya




Bahan-bahan


 2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung diayak


Cara-cara


1. Masak gula hangus hingga keemasan dan tutup api. Campur dengan 1 cawan air dan pasang kembali api. kacau sebati dan sejukkan.
2.Blend susu, minyak, telur dan marjerin selama 3 minit
3.Masukkan gula hangus dan soda. Kisar lagi
4. Masukkan tepung dan kisar lagi
5. Masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam acuan yang dialas paper cup
6. Kukus sehingga masak

BAHULU KUKUS LAPIS DAGING


Bahan Bahulu

6 biji telur
1 sudu makan ovalette
1/2 cawan gula halus
sedikit esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 1/2 sudu makan minyak masak

Bahan Inti

200gm daging kisar
5 sudu makan rempah kari daging
3 biji ubi kentang dipotong dadu
1 cawan sayur campur
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 inci kulit kayu manis
sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuat inti
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan rempah dan air supaya menjadi seperti pes
3. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar sehingga kuning
4. Masukkan rempah dan kacau seketika. Kemudian masukkan daqging, kentang dan air
5. Bila daging dan ubi empuk masukkan bawang besar, sayur campur dan garam
6. Masak hingga kering dan sejukkan.

Cara membuat bahulu
1.Pukul telur, ovalette, gula dan tepung hingga kembang dengan kelajuan maksima selama 6 hingga 8 minit
2.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan bahulu
3.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Sediakan acuan, alaskan kertas dan sapu minyak
4.Masukkan adunan pertama dan kukus. Masukkan sebahagian inti daging diatasnya. Kemudian masukkan satu lagi adunan tepung dan kukus semula. Buatlah sampai habis dan kukus hingga masak

# JANGAN LUPA PASTIKAN PENGUKUS DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM AKTIVITI MENGUKUS DILAKUKAN

Friday, 13 January 2012

IKAN MASAK PEDAS


Bahan- bahan

3 ekor ikan kembung (bersihkan dan lumur garam serta serbuk kunyit)
6 biji bawang merah dimayang
3 biji bawang putih dimayang
1cm halia dimayang
10 sudu besar cili giling
3 sudu besar gula
2 sudu kfc garam
6 batang serai dipotong kecil2
6 helai daun limau purut dipotong kecil2
1 biji bawang besar potong bulat
1/2 cawan air
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara
1. Goreng ikan dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dimayang sehingga kekuningan
3.Masukkan cili giling dan biarkan seketika.kemudian masukkan air, gula dan garam
4. Apabila hampir kering masukkan serai, daun limau purut, bawang besar dan kacau lagi
5. Akhir sekali masukkan ikan. Balik-balikkan dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, 10 January 2012

PILIHAN MENU DARI NA

Menu 1
1.Kari Ikan
2.Daging Merah
3.Ulam-ulaman
4.Sambal tempoyak








    Menu 2
1.Masak lemak ikan kering
2.Ayam Berempah
3.Ulam-ulaman
4.Sambal Tempoyak


                                               




     Menu 3


1. Ikan Cencaru Sumbat
2. Telur Goreng
3. Masak Lemak Pucuk Paku






            Menu 4
1.Sotong Kunyit
2.Kari Daging
3.Ulam-ulaman dan sambal                                                                                              

Monday, 9 January 2012

SOTONG KUNYIT

Original resepi dari NA.....

Bahan-Bahan

1/2 kilo sotong
6 ulas bawang merah                                                    
3 ulas bawang putih
1cm halia
1 biji cili hijau ( potong serong )
1 biji cili merah ( potong serong)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1 biji tomato ( potong 6 )
2 sudu kfc rempah kari
4 sudu kfc kunyit serbuk
1/2 cawan air
Sedikit daun sup 
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara
1. Bersihkan sotong termasuk dibuang kulitnya (supaya masakan cantik warnanya) dan dipotong kecil-kecil
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
3.Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan tambahkan air
4.Kacau sebentar dan masukkan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Kalau nak letak gula sikit pun boleh.
5.Masukkan sotong dan kacau lagi. Jangan kacau terlalu lama kerana sotong akan mengecut
6. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau, tomato dan bawang besar
7. Kacau sebentar dan angkat
8. Taburkan daun sup sebagai hiasan

Sunday, 8 January 2012

LAPIS ROTI BERDAGING

Sumber resepi  : Umie (My Resepi)

Bahan-bahan 

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1.  Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2.  Satukan Susu+telor+secubit garam
  3.  Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4.  Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5.  Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  6.  lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7.  Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8.  Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9.  Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10.  Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11.  Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12.  Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

APAM SNOW WHITE


Sumber resepi : My Resepi
Olahan : NA



Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 

               Mudah disediakan dan sedap................

Saturday, 7 January 2012

WADAI KIPING

First time buat bubur orang banjar......wadai kiping...inilah hasilnya....................




Resepinya NA ambil dari blog www.ciklaili.blogspot.com 



Bahan A
Tepung pulut
Sedikit air kapur
Air
Garam


Bahan B
Santan kelapa
Gula merah
Gula pasir
Garam
Daun pandan
Durian (penambah rasa)
* sebenarnya tiada sukatan yang tepat, ikut suka je berapa banyak nak buat


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung,
 kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel.
Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm. Ketepikan.
2. Masak santan. Masukkan gula merah, gula pasir, garam. Kacau sebati hingga mendidih.
Masukkan bahan A yang telah siap digentel tadi.
3. Masak hingga lembut.
4. Akhir sekali masukkan daun pandan dan durian.



                                                    
                                                       
Tepung yang telah siap


digentel











Proses Memasak

Friday, 6 January 2012

TELUR MASAK ASAM


Selalunya waktu hujung minggu NA suka masak telur.....sebabnya itu je stok yang tinggal....salah satu resepi yang selalu NA buat adalah telur masak asam....

 Bahan-bahan


3 biji telur
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
5 biji cili padi
3 tangkai daun sup
1 sudu teh asam jawa (NA guna asam jawa Extra Adabi )
3 1/2 cawan air
3 sudu kfc (rata) garam
1 sudu kfc (rata) serbuk perasa ( jika suka )
sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan asam jawa dan air
3. Tumis bahan yang dimayang. Apabila kekuningan masukkan air asam jawa
4. Bila mendidih masukkan cili padi yang dipotong dua dan juga garam serta serbuk perasa
5. Biarkan seketika dan kecilkan api
6. Pecahkan telur dan biarkan ia masak
7. Taburkan daun sup yang telah dipotong dan sedikit lada sulah. Tutup api.


Nota : Di dalam langkah yang ke 7 boleh juga masukkan potongan buah tomato dan taburkan bawang goreng  untuk variasi warna yang lebih menarik







                                                           ketika dimasak

                                                             
                                                 siap dihidang
                                                   

MANDAI @HAMPAPAI



Selalunya apabila membuat goreng cempedak, kulitnya akan dibuang begitu sahaja....apa kata kita gunakan kulit tersebut untuk membuat satu lagi resepi yang juga tidak kurang sedapnya.....sedap dimakan bersama-sama nasi ketika masih panas.....


Langkah 1
Buangkan kulit hijau pada kulit cempedak, potong mengikut kesukaan dan cuci bersih


Langkah 2
Celur dalam air mendidih seketika dan toskan airnya


Langkah 3
Gaulkan dengan air garam. Sejukkan dan masukkan kedalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 malam




Langkah 4


Setelah dibiarkan semalaman, potong kulit tersebut kecil2 dan goreng bersama bawang besar, cili merah/cili padi dan juga ikan bilis.....sedia untuk dimakan ......



KUIH BAKAR PANDAN

Sumber Resepi : My Resepi



Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
    2.Blender hingga sebati
3.Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
    4.Taburkan bijan (jika suka)
    5.   Bakar 40 minit 

Thursday, 5 January 2012

JEMPUT-JEMPUT BILIS

Menu minum petang NA.....jemput-jemput bilis.....resepinya NA ambil dari My Resepi




Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan ikan bilis (goreng) - tumbuk kasar @ ank ikn bilis (x perlu tumbuk)
  • 5 keping tauhu - dhancur @ ramas pun bleh
  • 1 batang karot - dparut memanjang (halus)
  • 1 labu bawang besar - ddadu @ hiris bulat (nipis)
  • 1 cawan daun bawang - dpotong halus @ pendek
  • 1 biji telur
  • 1 @ 2 biji cili merah - buang biji & dpotong halus
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu kecil garam halus @ cukup rasa
  • 2 cawan air dari peti sejuk
  • u/p: jemput2 ni x brminyak (x serap minyak), itu yg pnting...anak2 sy suka dgn body yg serabai @ serabut cam tu...rangup...hehehe
Cara-cara
  1. semua bahan2 dsatukan & dgaul mesra dgn sudip @ spatula. *Kaup balik sekejap aje, jgn lama... *p/s: jgn perap...trus goreng
  2. Panaskn minyak & goreng dengan api yg sederhana. *bleh jemput menggunakn jari @ pakai sudu aje...
  3. Bila jemput2 dah nampak kuning keemasan & sedikit perang, blehlah dangkat... * Jemput2 ni rangup kt luar & lembut kat dalam...seharian pun tetap lembut... 




cicah dengan sos cili dan mayonis lagilah bertambah sedap


jemput- jemput  makannnnnn.....

AGAR-AGAR SALAK MADU

NA manfaatkan buah salak madu yang ada kat rumah untuk buat agar-agar ni.....resepinya sama je dengan agar-agar koktel....cuma NA gantikan buah koktel dengan salak madu yang dipotong dadu.....susu cair pula NA gantikan dengan air dan pewarna sirap......inilah hasilnya....taraaa.....








Wednesday, 4 January 2012

KEK BUAH

Resepi kek buah ni rakan sekerja yang bagi....terima kasih cikgu Normah...kek yang sarat dengan buah-buahan ini sangat sedap dan mudah je dah buatnya.....jom masak....




Bahan A
1 cawan gula perang  atau gula pasir
1 cawan air
375gm buah2an campuran
250 gm buttercup atau majerin
Sedikit sanquick

Bahan B
5 biji telur
Esen vanilla

Bahan C
2 ½  cawan tepung gandum
1camt soda bikar bonat
50 gm badam cincang

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan A dan dimasak hingga pekat sedikit. Sejukkan. Supaya bahan ini cepat sejuk rendamkan bekas berisi bahan A di dalam bekas berisi air
2.       Bahan B dicampur dan dipukul sedikit
3.       Untuk bahan C….ayak tepung dan soda kemudian gaulkan dengan badam
4.       Campur semua bahan dan bakar atau kukus sehingga masak

AGAR - AGAR KOKTEL

Ini juga salah satu resepi dari My Resepi ...Sebenarnya banyak jasa My Resepi kepada NA...tq My Resepi...




Resepinya kat bawah ni ye....


10gm serbuk agar-agar
100ml (1/2 cawan susu cair )
200gm gula (1 cawan)
1500ml air (5 gelas)
1 tin besar koktel
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak sehingga mendidih agar-agar, sirap koktel, gula , daun pandan dan air
2.Perlahankan api. Ambil semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yang bercampur ketulan ais. Bila dah agak keras, ambil sudu dan kacau supaya jadi berketul-ketul
3. Dalam periuk yang ada agar-agar tadi masukkan susu.Biar hingga mendidih dan padamkan api
4. Tapis agar-agar susu kedalam loyang
5. Masukkan buah koktel dan juga semangkuk agar-agar tadi (langkah 2)
6. Sejukkan




KEK KARAMEL

Dah lama NA cari resepi Kek Karamel...tapi tahun lepas tahun bertuah untuk NA kerana ada pelajar NA yang sudi memberikan resepi tersebut......inilah hasilnya.....kek karamel pertama NA....walau coraknya tak cantik tapi rasanya tetap sedap....



Setiap kali  kek yang NA buat menjadi pasti NA akan khabarnya kepada rakan FB iaitu Cik Nor...kerana Cik Nor suka jugak buat kek





Yang ini kek karamel yang Cik Nor buat ...cantik dan berbelang-belang....kata cik Nor dah 9 biji kek karamel dia buat....rajin sungguh sahabat NA ni.....


Bahan-Bahannya
2 camb gula pasir
5 biji telur asingkan kuning dan putihnya
½ cawan gula pasir yang dikisar halus
½ cawan gula aising
1 cawan susu cair
½ cawan minyak
½ cawan air sejuk
1 cawan tepung gandum
1camt krim tartar
Esen vanilla

Cara membuatnya
1.       Gula pasir (2camb) tabur dalam tin pembakar dan panaskan hingga menjadi perang. Ketepikan dan biarkan sejuk
2.       Kuning telur campur dengan ½ cawan gula pasir yang dikisar, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga sebati dan ketepikan
3.       Tepung gandum dicampur dengan minyak dan air sejuk .Kacau hingga sebati dan ketepikan.
4.       Pukul putih telur dengan mixer (kelajuan paling tinggi/No.5) hingga kembang dan ringan. Masukkan gula aising dan krim tartar. Putar lagi dengan mixer No.5.  Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan putar sekejap sahaja dengan mixer kelajuan paling rendah/No.1.
(kalau suka warnakanlah dengan apa-apa warna kegemaran anda)
5.       Ambil  loyang pembakar tadi, masukkan campuran merah telur diikuti dengan campuran putih telur
6.       Masukkan loyang tadi kedalam bekas yang berisi air dan bakar sehingga masak. 
7.       Apabila masak biarkan sejuk sebelum diterbalikkan

     
*** Nota : Sebelum  membakar kek ini pastikan dulang berisi adunan di lapik dengan dulang yang lebih besar yang diisi air supaya karamel tidak hangus



APAM BALIK

Kalau pergi kat pasar malam je selalu nampak orang jual apam balik....nampak mudah je membuatnya...cari punya cari akhirnya NA dapat satu resepi dari My Resepi ...ternyata memang mudah nak buat....lepas ni tak payah pegi pasar malam lagi kalau nak makan apam balik...kat rumah pun boleh buat...jom masak-masak...



Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air
sedikit mentega untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah, gula, jagung dalam tin 


Cara-cara
1. Mesin gula dan telur sehingga kembang
2. Masukkan soda, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi
3. Masukkan tepung dan mesin lagi hingga sebati
4. Oleskan permukaan kuali tak melekat dengan mentega/marjerin  dan tuangkan 1 senduk  adunan .Nipiskan
5. Biarkan seketika dan sementara menunggu masak taburkan bahan tabur diatasnya.
6. Apabila masak lipat dua dan angkat.

PUDING ROTI PISANG

Masa NA membelek buku resepi zaman sekolah dulu terpandang  pula pada resepi ni....Kebetulan pisang yang ditanam oleh suami telah masak dan diatas meja ada roti gardenia belum terusik....jadi apa lagi....terus je memasak...



  
                                     Di depan tu Puding Roti Pisang 
   
Bahan-bahannya

10 keping roti
10 biji pisang emas
2 biji telur
1 cawan susu cair
3 sudu besar gula

Cara-cara
1.Roti dipotong kecil-kecil
2.Pisang dibuang kulit dan diramas dengan gula
3.Gaul rata roti dan pisang
4. Telur dipukul sedikit dan masukkan susu cair
5. Tuangkan kedalam adunan pisang dan gaul rata
6. Biarkan selama 10 minit sebelum dibakar sehingga masak

****dalam peti ais NA nampak ada sekotak kecil kismis..so NA campur je dalam adunan tu supaya nampak lebih cantik.

Tuesday, 3 January 2012

KEK LUMUT

Kek paling mahal NA pernah buat adalah Kek Lumut.....ape taknye semua bahan ada di dalamnya...mahal2 semuanya...horlick , serikaya , susu pekat manis ....buttercups lagi....Tapi bila tengok hasilnya....nikmat sungguh.....jom kita masak





yang ni kek lumut NA


                                  ini kek lumut sahabat NA....Cik Nor

Bahan-bahan


1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250gm mentega
4 biji telur gred A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim
2. Masukkan telur sebiji  dan pukul hingga sebati menggunakan kelajuan sederhana. Ulangi proses sehingga telur habis
3. Masukkan susu dan serikaya dan pukul lagi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan horlicks dan gaul sebati
5. Masukkan pewarna dan esen vanilla. Sebatikan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (2 jam 30 minit )

*** Jangan lupa sapukan dahulu loyang dengan mentega atau minyak

KEK LAPIS BISKUT SULTANA

Selain melayari FB, NA juga selalu melayari laman web My Resepi. NA jumpa satu resepi yang simple, terus NA mencubanya....menjadi pulak tu....tq My Resepi.....jom masak



versi kuning dan hijau



versi merah dan kuning

Bahan-bahan


1 cawan mentega (227 gram)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 kotak biskut sultana
asam hawflakes secukupnya
pewarna kuning dan hijau


Cara-cara
1.Pukul dengan kelajuan tinggi mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim
2.Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur satu persatu sambil terus memukul
3.Masukkan tepung gandum sikit2 sambil terus pukul
4.Bila sebati bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna ikut kegemaran
5.Susun adunan bewarna berselang seli dengan biskut sultana dan asam hawflakes sehingga habis
  (Adunan tepung hijau, biskut sultana, adunan tepung kuning, asam hawflakes dan seterusnya)
6. Kukus selama 45 - 50 minit atau sehingga kek masak.



TAK PERLU KUKUS BY LAYER.......jimat masa.....jimat gas.....


NOTA: NA TAMBAH 3 SUDU MAKAN SUSU CAIR SUPAYA KEK NAMPAK LEMBAP.

KEK PISANG SIMPLE

Resepi kedua dari NA adalah Kek Pisang. Resepi kek ni kawan NA yang bagi. Katanya resepi dari ibu mertuanya. Banyak kali dah NA buat kek ni....sedap dan mudah je cara membuatnya...sebab tu NA namakan kek ini Kek Pisang Simple...jom masak....




Bahan-bahannya


5 biji pisang emas
sedikit garam
5 biji telur
1 cawan gula
sedikit esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak


Cara membuatnya
1. Pisang dilenyek campur garam dan biarkan 1/2 jam
2. Telur dipukul dengan gula dan esen vanilla
3. Tepung diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat
4. Campurkan semua bahan dan akhir sekali masukkan minyak 
5. Adun hingga sebati dan bakar hingga masak



Mudahkan.... ini pulak Kek Pisang yang rakan Facebook NA buat....tahniah Cik Nor...hasil lebih cantik dari sifunya....hahaha...


BAHULU KUKUS

Firstly NA nak ucap Selamat Tahun 2012.....Semoga tahun ini lebih baik dari semalam....Tahun 2012 ni NA nak mulakan dengan membuat blog untuk masakan....bukan ape..NA ni memang suka memasak ...bila tengok blog rakan-rakan tentang masak-memasak ni aura untuk memasak tu semakin bertambah..


NA mulakan blog ini dengan berkongsi resepi Bahulu Kukus. NA ambil resepi ni dari blog azlirazali.Asal nama kuih ini Kek Kukus tapi Na rasa stukturnya seperti bahulu...so tukar nama jadi Bahulu Kukus..


Bahan-bahan


6 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
sedikit esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum halus
(superfine)-diayak
Sedikit pewarna merah atau mengikut kesukaan
2 1/2 sudu minyak masak atau jagung


Cara-cara


1.Pukul telur,ovalette,gula,esen vanila dan tepung hingga kembang dan kental selama 6-8 minit dengan kelajuan maksimum.


2.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan kek.


3.Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.


4.Pastikan ia dituang 3/4 penuh dari acuan.Kukus hingga  kek masak.


5.Sejukkan dan tanggalkan dari acuan.Sedia untuk hidangan.