Friday 23 March 2012

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Sesekali buat sayur kampung....rasanya lebih membangkitkan selera....apalagi kalau kena dengan lauknya...




Bahan - bahan


1 biji jantung pisang sederhana besar (rebus dan potong kecil-kecil )
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/4 cawan ikan bilis 
8 biji cili api
1/2 cawan santan ( NA guna santan kotak je )
4 cawan air
3 sudu kfc garam  
1 sudu kfc serbuk perasa
8 sudu kfc kunyit serbuk


Cara-cara


1. Bawang merah, bawang putih, halia , cili padi dan ikan bilis dikisar 
2. Masak bahan yang dikisar dengan air hingga mendidih
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan jantung pisang
4. Bila mendidih masukkan santan dan serbuk kunyit
5. Kacau jangan berhenti sehingga sebati 
6. Bila mendidih bolehlah diangkat.

Saturday 17 March 2012

ACAR TIMUN DAN KUBIS



Bahan-bahan
 1 biji bawang besar
 2 biji cili merah
 1 biji timun sederhana besar
 1/4 biji kubis panjang
 2 sudu makan gula
 1 sudu makan garam
 8 sudu makan cuka





Cara-cara
1. Bersihkan semua sayur-sayur
2. Potong sayur-sayuran mengikut kesukaan anda
3. Gaulkan dengan semua bahan 
4. Biarkan lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan
5. Atau masukkan ke dalam peti ais selepas digaul dan keluarkan apabila perlu

SAMBAL TELUR






Bahan-bahan


6 biji telur digoreng satu persatu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 cawan cili giling adabi
1 cawan air (guna cup cili giling)
3 sudu makan gula
1/2 sudu kfc garam atau mengikut rasa
Minyak secukupnya


Cara-cara
1. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia
2. Tumis semua bahan diatas sehingga wangi
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik minyak
4. Masukkan air dan kacau
5. Bila mendidih masukkan gula dan garam. Jika suka tambah sedikit serbuk perasa.
6. Masukkan bawang besar dan masak hingga agak pekat.
7. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng
8. Balik-balikkan dan angkat.


                  cili giling yang NA guna...jenama ADABI


  
     jika tak suka yang bergoreng...telur rebus pun boleh

Saturday 10 March 2012

BERGEDIL DAGING

Nampak ada burger daging dalam peti ais....nak buat burger rotinya tak de....so buat bergedil je arini.....




Bahan-bahan


6 keping burger daging ( NA guna jenama Ramly Burger)
5 biji ubi kentang (rebus dan lenyek hingga hancur )
1 1/2 biji bawang besar potong dadu
1/2 cawan bawang goreng
1 tangkai daun sup ( potong kecil-kecil )
1 biji telur ( kacau je  jangan dipukul )
lada sulah secukupnya
sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Hancurkan daging burger di atas kuali tanpa minyak
2. Campurkan dengan semua bahan
3. Bentukkan mengikut kesukaan anda
4. Celup ke dalam telur dan goreng hingga masak.


                                 
                                Proses membentuk bergedil




  
                                     Proses menggoreng

Saturday 3 March 2012

PUDING ROTI



Mencuba resepi dari rakan group Resepi Turun Temurun..............

Bahan-bahan
10 gm agar-agar
5 keping roti putih
1 biji telur
170ml susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter....cairkan (NA guna majerin je )
1/2 cawan susu pekat
3 1/2 cawan air

Cara-cara
1. Blend roti bersama-sama dengan telur, susu cair dan susu pekat
2. Masak agar-agar hingga larut dan masukkan gula
3. Masukkan bahan yang diblend kedalam agar-agar
4. Kacau seketika dengan api perlahan....masukkan butter dan kacau lagi
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Sendukkan adunan berselang seli ke dalam loyang dan biarkan sejuk.