Sunday, 29 April 2012

SOTONG URAP

 
Bahan-bahannya

1/2 kilo sotong (bersihkan, buang kulitnya dan potong bulat-bulat)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah (potong memanjang)
3 tangkai kacang panjang (potong 2 inci panjang)
1 batang lobak merah (potong bulat)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1 tangkai daun bawang ( potong 2 inci panjang)
2 cawan air
minyak untuk menumis
2 sudu kfc garam

Cara-cara
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga naik baunya
2. Masukkan air dan juga lobak merah,  masak hingga mendidih
3. Masukkan pula sotong dan garam
4. Masak hingga mendidih sekali lagi
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar dan juga daun bawang
6. Jangan masak terlalu lama. Balik-balikkan dan angkat
7. Hidangkan ketika masih panas.

SUP LABU AIR



Bahan-bahannya


1/2 biji labu air (potong kecil-kecil)
1 inci halia dimayang
sedikit daging atau ayam (potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Garam
lada sulah
serbuk perasa




Cara-cara


1. Rebus daging/ayam dan halia hingga mendidih
2. Kemudian masukkan labu air yang telah dibersihkan
3. Masak ramuan diatas sehingga nampak labu sedikit jernih
4. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
5. Hidangkan ketika masih panas

Monday, 23 April 2012

KEK EPAL BLENDED




Bahan-bahan:
2 biji epal hijau ( saiz kecil )
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*   }bahan * diayak bersama
1 sb baking powder*
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau epal


Cara-cara:
1)Cuci buah epal,potong dan buang bijinya.Potong lagi kecil2 bersama dengan kulitnya.
2)Masukkan dalam blender bersama minyak,gula, esen vanilla dan telur dan kisar hingga halus
3)Tuang bahan kisar tadi dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau  hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna dan kacau hingga rata
4) Hiaslah mengikut kreativiti anda
5)Kukus hingga masak 





Sunday, 22 April 2012

KUIH SAGU



Bahan-bahan


2 cawan sagu
1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna merah(NA guna pewarna sirap+ perisa strawberry )
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)


Cara-cara
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan
2. Masak air, gula dan pewarna sehingga mendidih
3. Masukkan sagu  dan kacau sehingga kembang
4. Apabila sagu telah kembang , angkat dan masukkan kedalam acuan
5. Apabila sejuk bolehlah dipotong dan balik-balikkan diatas kelapa parut tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan

NASI GORENG IKAN BILIS


Bahan-bahan


6 cawan nasi dingin
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 biji telur
1 cawan ikan bilis
1/2 biji timun dipotong dadu ( Sayur lain pun boleh)
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu makan kicap hitam ( NA guna kicap mee TAMIN )
5 sudu makan air
1 1/2 sudu kfc garam
2 sudu teh lada sulah
minyak secukupnya


Cara-cara


1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
2. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih dan cili padi yang telah dikisar
3. Apabila naik baunya pecahkan telur dan kacau-kacaukan sebentar
4. Masukkan air, kicap dan garam dan sedikit serbuk perasa jika suka
5. Kacau-kacaukan sebentar kemudian masukkan nasi. Gaul rata
6. Masukkan pula timun, bawang goreng dan lada sulah.
7. Balik-balikkan masakan sehingga rata. Angkat dan biarkan sejuk sedikit
8. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga rata
9. Siap untuk dihidang



Saturday, 21 April 2012

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum *
1 cawan serbuk koko *
1/2 suduteh baking powder *
1/2 suduteh bicarbonate *
- campurkan semua bahan2 kering * dan ayak

2-3 biji telur bergantung pada saiz
1 cawan gula
1 cawan minyak
1/2 tin susu cair/susu segar
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara:

- pukul gula dan telur hingga kembang
- masukkan minyak dan pukul lagi
- kemudian masukkan susu pekat dan sebatikan
- masukkan tepung dan susu berselang seli
- sapu acuan dengan minyak dan lapik dengan baking sheet/kalau guna acuan muffin tk payah sapu minyak
- panaskan kukusan dan kukus kek selama 1/2 jam/hingga masak (guna lidi sate utk pastikan dah masak ke belum). 
- dah masak


Topping

sukatan : (1/2 adunan)

1/4 cawan serbuk koko
sedikit majerin
1/2 cawan susu pekat
(guna kaedah double boiler untuk cairkan)

sejukkan sebentar dan sapu atas kek


NOTA : NA copy paste resepi ni dari group Resepi Turun Temurun....TQ yang empunya resepi

KARI SAYUR


Bahan-bahan


2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1cm halia
1 tangkai daun kari
1 keping isi ikan talang masin (rendam semalaman dan potong kecil-kecil )
2 biji terung bulat ( potong 6 )
1/4 biji nenas ( potong kecil-kecil )
5 sudu rempah kari ( campur sedikit air untuk dijadikan pes)
3 sudu kfc kunyit serbuk
2 1/2 sudu kfc garam
600ml air
150ml santan
1 keping asam keping
minyak secukupnya


Cara-cara
1. Mayang bawang putih, bawang merah dan halia
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang bersama-sama daun kari
3. Apabila naik baunya masukkan rempah kari dan serbuk kunyit
4. Kacau sehingga naik minyak, kemudian masukkan air
5. Bila mendidih masukkan ikan
6. Kacau-kacaukan sebentar, kemudian masukkan terung dan nenas
7. Apabila terung dan nenas sudah separuh masak, masukkan santan, garam dan asam keping
8. Masak hingga mendidih sekali lagi dan angkat

IKAN SOLOK


Bahan-bahan


1 kg ikan kembung
4 batang serai ( potong kecil-kecil )
1/2 cekak pucuk daun kesum ( potong kecil-kecil )
1 1/4 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
1sudu kfc garam
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1. Bersihkan ikan, belah belakang, buang tulangnya
2. Asingkan isi ikan dan kulitnya
3. Cincang isi ikan dan  campurkan dengan serai, daun kesum, kelapa parut, bawang besar, lada hitam dan garam. Gaul sebati.
4.Kulit ikan disapu dengan sedikit garam dan sumbatkan campuran isi ikan tadi sehingga membentuk ikan yang
sempurna  
5. Goreng ikan dengan menggunakan minyak banyak dan api sederhana.
6. Siap untuk dihidang

Saturday, 14 April 2012

IKAN MASAK ASAM CINA

                                     
Bahan-bahan


4 ketul ikan tenggiri ( ikan lain pun boleh )
4 biji cili merah
5 biji cili padi
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang serai dititik
1/2 cawan air
1 cawan air asam jawa 
2 sudu kfc kunyit serbuk
garam serta serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara
 1. Blend cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit dengan 1/2 cawan air
 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend hingga naik baunya
 3. Masukkan serai dan ikan
 4. Balik-balikkan ikan, kemudian masukkan air asam jawa
 5. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa
 6. Masak hingga kuahnya agak pekat dan angkat

GORENG PUCUK PAKU DENGAN IKAN BILIS



Bahan-bahan


1 ikat pucuk paku (potong kecil-kecil dan bersihkan )
1 biji cili merah ( potong bulat )
3 ulas bawang merah ( dimayang)
2 ulas bawang putih ( dimayang)
sejemput ikan bilis
1/4 cawan air
4 sudu makan kicap manis ADABI
3/4 sudu kfc garam
minyak untuk menumis


Cara-cara


1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing , angkat dan ketepikan
2. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang yang dimayang hingga naik baunya
3. Masukkan kicap, air dan garam  (kalau suka letakkan sedikit serbuk perasa )
4. Bila mendidih, masukkan pucuk paku dan cili merah
5. Balik-balikkan seketika dan akhir sekali masukkan ikan bilis
6. Kacau hingga sebati dan angkat

Friday, 13 April 2012

SOTONG MASAK KICAP DAN CILI KERING


Bahan-Bahan

1/2 kilo sotong (bersihkan dan potong kecil-kecil)
10 tangkai cili kering dipotong mengikut kesukaan
 5 ulas bawang putih dikisar
1 labu bawang besar dibelah empat dan dipotong dua
5 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee keluaran Tamin)
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Sotong digoreng tanpa minyak sekadar untuk mengeluarkan airnya dan toskan
2. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing dan ketepikan
3. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga naik baunya
4. Masukkan air asam jawa , kicap, garam , gula dan bawang besar
5. Masak sehingga hampir kering masukkan sotong
6. Balik-balikkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili kering yang digoreng
7. Sebatikan dan angkat

KEK ORANGE BLENDED



Bahan-bahan:
1 biji buah orange
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*   }bahan * diayak bersama
1 sb baking powder* dan 1 sudu teh soda bikarbonat


Cara-cara:
1)Cuci buah orange,potong dan buang biji dan urat putih ditengah2nya.potong lagi kecil2 bersama dengan kulitnya sekali.
2)Masukkan dalam blender bersama minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus
3)Tuang bahan kisar tadi dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau  hingga sebati. Tambah pewarna kuning jika suka.
4)Kukus hingga masak

Tuesday, 10 April 2012

ROTI JALA


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak
3/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1 1/2  cawan air
1/2 cawan susu cair
sedikit kunyit atau pewarna kuning
acuan roti jala

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dan blend
2. Oleskan kuali dengan sedikit minyak
3. Menggunakan acuan roti jala kirailah adunan diatas kuali
4. Apabila masak angkat dan gulungkan seperti membuat ketayap
    ketika masih panas

HATI LEMBU MASAK KICAP


BAHAN-BAHAN

1/2 kilo hati lembu
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 sudu makan kicap manis ADABI
2 sudu makan gula
3 sudu makan cili giling
1 biji bawang besar (potong bulat )
1 biji cili merah ( belah empat )
1 cawan air
3 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee TAMIN)
3 sudu makan cuka
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa ( Jika suka )
Minyak untuk menumis


CARA-CARA


1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Hati dibersihkan dan potong mengikut kesukaan. Perap hati dengan bahan kisar,
    gula dan kicap manis selama 1/2 jam
3. Panaskan minyak , tumis cili giling hingga naik baunya.      kemudian masukkan
    bawang besar dan tumis lagi hingga bawang layu.
4. Masukkan pula hati dan kacau lagi.Masukkan 1 cawan air jika masakan
    nampak kering.
5.Teruskan memasak hati sehingga masakan nampak agak kering
6. Akhir sekali masukkan kicap hitam, cuka dan cili merah, garam dan serbuk perasa
7. Kacaulah sehingga masak




NOTA : Jika tak suka hati lembu, gunakan hati ayam pun boleh

MASAK LEMAK PETOLA


Bahan-bahan
2 biji petola sederhana besar ( potong bulat)
8 ulas bawang merag
2 ulas bawang potih
1cm halia
Sejemput ikan bilis
100ml santan (NA pakai santan kotak)
700ml air
1 sudu makan lada hitam ( tumbuk kasar )
2 sudu kfc garam


Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis
2. Rebus bahan kisar bersama 700ml air
3. Bila mendidih masukkan garam dan petola
4. Kacau hingga petola separuh masak
5. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi 
6. Akhir sekali masukkan lada hitam 
7.Apabila masakan nampak mendidih sekali lagi, tutup api dan angkat

Sunday, 1 April 2012

KARI AYAM NA

Bahan-bahan


7 ketul ayam dibersihkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 bungkus kecil rempah kari ayam/daging ADABI
1 sudu makan cili giling ADABI
700ml air
100ml santan 
2 sudu makan kerisik
2 biji ubi kentang dibelah 4
1/2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara- Cara
1. Rempah dan cili giling jadikan pes
2. Mayang semua bawang dan halia
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari
4. Apabila naik baunya masukkan rempah
5. Kacau hingga naik minyak 
6. Masukan air, ayam dan kentang
7. Kacau sehingga kentang dan daging ayam empuk
8. Masukkan garam , santan dan kacau lagi
9. Akhir sekali masukkan asam keping dan juga kerisik
10. Biarkan mendidih dan angkat

KURMA DAGING

Bahan-bahan


800gm daging 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai (diketuk)
1 bungkus kecil rempah kurma (24gm) daging ADABI
4 sudu makan kerisik
1/2 cawan bawang goreng
1 biji bawang besar (belah 4)
2 biji kentang ( belah 4 )
2 biji cili merah (belah 4 -jangan putus)
100ml santan kotak (NA guna santan MS)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Daging dipotong, bersihkan dan campur dengan rempah kurma. Biarkan 1/2 jam
2. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia
3. Panaskan minyak  dan tumis bahan yang dimayang bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga  serai
4. Setelah bahan tumis berbau wangi masukkan daging tadi
5. Kacau sebentar dan tambah air. Biarkan diatas dapur sambil dikacau selama 1 jam dan sentiasa tambah air jika masakan anda nampak agak kering
6. Selepas 1 jam masukkan kentang dan kacau lagi selama 20minit. Jika nampak kering tambah air
7. Masukan pula santan dan kacau lagi 20 minit
8. Masukkan pula bawang besar, cili merah dan kerisik
9. Kacau lagi selama 10 minit dan sebelum diangkat masukkan bawang goreng
10. Siap untuk dihidang



Nota : Memasak daging kurma memerlukan masa yang lama. Anda perlu sentiasa memerhatikan masakan ini. Sentiasa tambah air jika nampak ianya agak kering.

HOMEMADE AISKRIM

 Jom kita buat aiskrim........

Bahan-bahan

1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu makan ovelette
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
sebarang perasa (NA guna perasa strawberry + sirap )

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali bahan perasa
2. Gunakan mixer untuk mengadun semua bahan
3. Gunakan kelajuan dari perlahan kepada yang tinggi
4. Putar selama 15 hingga 20 minit
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
6. Satu bahagian diletakkan bahan perasa
7. Buatlah dekorasi mengikut kesukaan anda 
8. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan semalaman
9. Esoknya bolehlah anda menikmati aiskrim buatan sendiri 
10. Selamat mencuba

KARI IKAN



Bahan-bahan


5 ketul isi ikan tenggiri atau sebarang ikan
( direbus dengan 10 keping asam keping dan garam - biarkan sejuk dan toskan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia 
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 bungkus kecil rempah kari ikan ADABI
1 sudu makan cili giling ADABI
100ml santan kotak
1/2 biji timun dibuang biji dan dipotong ikut kesukaan
600ml air
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Rempah dan cili giling campur sedikit air untuk dijadikan pes
2. Mayang semua bawang dan halia
3. Tumis bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik baunya
4. Masukkan rempah kari dan tumis lagi  hingga naik minyak
5. Masukkan air dan masak lagi hingga mendidih
6. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa serta timun
7. Biarkan sebentar dan masukkan pula santan
8. Kacau hingga sebati dan bila mendidih masukkan ikan yang direbus tadi tanpa memasukkan asam keping
9. Bila mendidih sekali lagi bolehlah diangkat
10. Siap untuk dihidangkan