Thursday 23 August 2012

AGAR-AGAR KEMBANG SEMANGKUK





Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
200ml susu cair
200gm gula (1 cawan)
1500ml air (kurangkan jika ingin agar2 lebih keras)
7 biji buah kembang semangkuk (rendam hingga kembang, buang biji dan kulitnya, ramas sedikit dan toskan)
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak agar-agar, gula, daun pandan dan air sehingga gula hancur dan kelihatan jernih.
2. Masukkan susu cair. Kacaukan sebentar dan tutup api
3. Tapiskan agar-agar bercampur susu tadi kedalam loyang
4. Taburkan kembang semangkuk dan biarkan agar2  membeku





Friday 10 August 2012

DONUT

 Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis kering
3 sudu makan susu pekat
1/3 cawan minyak
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung dan kacau sebati
2. Masukkan tepung dan gaul hingga boleh diuli
3. Ulikan tepung dan biarkan doh pada suhu bilik sehingga ia naik sekali ganda
4. Bila telah naik, ulikan semula, canai dan tekan dengan acuan donut
5. Biarkan ia naik sekali lagi sebelum digoreng dengan api perlahan
6. Bila selesai digoreng, angkat dan golekkan dalam gula halus
7. Adunan boleh juga dibuat bulat-bulat untuk dijadikan pau goreng.

PASTRI GORENG BERINTI DAGING


Bahan-bahan

A.Untuk Pastri

    1 1/2 cawan tepung gandum
    3 sudu makan marjerin
    air sejuk dari peti ais

    Cara-cara
    1. Gaul dan ramas tepung dan marjerin sehingga menjadi seperti   
        serbuk roti
    2. Tambahkan air sedikit- sedikit sehingga boleh diuli
    3. Uli sedikit dan canaikan nipis-nipis (seperti kulit karipap)
    4. Terap dengan acuan bulat dan ketepikan

B. Untuk Inti
    
     1 cawan daging cincang
     2 biji telur ( buat seperti telur dadar dan hancurkan)
     sedikit daun kucai potong kecil-kecil
     sedikit lada sulah
     sedikit garam
     sedikit kicap seasoning
     1 biji cili merah dipotong dadu
     sedikit minyak

    Cara-cara
    1. Gaulkan daging dengan garam, lada sulah dan kicap
    2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masakkan daging 
        hingga keluar airnya
    3. Angkat dan sejukkan
    4. Campurkan dengan kucai, telur dan cili merah

Cara untuk membuat kuih

1. Ambil satu pastri bulat, letakkan inti dan tutup dengan satu lagi pastri
2. Tekan sekelilingnya supaya tidak terbuka ketika digoreng
3. Buat sehingga pastri dan inti habis
4. Goreng dengan api perlahan dan minyak yang sedikit sehingga masak
5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama sos cili atau sos cili Thai
    

UDANG GORENG BERSAMA TELUR


Bahan-bahannya

27-30 ekor udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 biji telur (kacau sahaja jangan dipukul)
1 tangkai daun kari
1 biji cili merah
serbuk kunyit 
garam dan serbuk perasa
2 - 3 sudu makan marjerin untuk menumis
sedikit air

Cara-cara
1.Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2.Panaskan marjerin kemudian tumis bahan yang dikisar
3. Masukkan telur dan biarkan seketika
4. Kacaukan telur sehingga hancur 
5. Tambahkan sedikit air dan masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit
6. Kacaukan sebentar dan masukkan udang
7. Biarkan udang masak sambil dikacau. Tambah air jika terlalu kering
8. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili merah yang telah dipotong
9. Balik-balikkan sebentar dan bolehlah diangkat

KUIH LOMPANG




Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah 
2 cawan air
2 helai daun pandan [disimpul asing2]


**kelapa parut putih shj + sedikit garam halus + 1 helai daun pandan yg dh disimpul..kukuskan sekejap..


Cara-cara :
1. Satukan gula merah & gula pasir dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. 
2. Masak atas api kecil hingga gula larut..sejukkan sebentar
3. Satukan tepung beras & tepung ubi dan tuang 1 cawan air & air kapur, gaul rata.
4. Kemudian tuangkan air gula yang dah sejuk tadi..sikit2 dlm tepung..gaul rata
5. Tapis dan tuang adunan dlm acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak, tujuan nya memudahkan lompang dikeluarkan dr acuan 
5. Kukus 10 minit atau hingga masak. BILA DAH MASAK AKAN MENJADI LUBANG DI TENGAHNYA..seperti pic di atas
6. Hidang bersama kelapa parut yg dikukus tadi 

KUIH CARA MANIS


Bahan-bahan

         100gm tepung
         200ml santan sederhana pekat
         1 sudu besar jus pandan
         1 biji telur
         1/2 sudu teh garam
         beberapa titik pewarna hijau
         gula sebagai inti

Cara-cara

1.    Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis atau nak lebih cepat bolehlah diblend
2.    Panaskan acuan, lengser dengan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3.    Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus

Saturday 4 August 2012

PIE TEE


Kulit Pie Tee

4 sudu besar tepung gandum 
3/4 cawan tepung beras 
3/4 cawan air 
1 biji telur 
secubit garam 
serbuk lada sulah secukup rasa 
1 sudu teh air kapur 
1 sudu teh gula/bahan perasa 

caranya: 

1.Bancuh kesemua bahan sehingga sebati dan putar dgn pemutar kek sehingga berbuih. perap 20 minit... 
2.panaskan minyak dlm kuali comel. minyak mesti tengelam acuan pie tee. 
letakan acuan sehingga panas. 
2.celupkan acuan yang telah panas ke dalam adunan tadi. (sila guna cawan supaya senang nak pegang) 
3.celup sehingga separas bunga acuan. 




4.kemudian masukkan ke dalam minyak panas tadi. (api sederhana) 
tengelamkan acuan tadi kemudian angkat sedikit supaya tepung akan lekang dari acuan dan membentuk topi kembang..

                                                     seperti membuat kuih loyang/ros

5.bila dah kembang terus memegang acuan pada tahap topi kembang .. jika di angkat atau di rendam terlebih nanti topi itu tidak kan menjadi. 
6.teruskan sehingga kekuningan baru dikeluarkan dari acuan. kalau dikeluarkan awal nanti pie tee akan senget bengge 

Inti:

1 keping tauhu putih potong dadu kecik 
carot dan sengkuang  diparut halus 
timun potong memanjang 
sedikit taugeh 
1.tumiskan bawang putih ketuk bersama udang geragau sehingga wangi 
2.masukkan tauhu goreng sehingga masak 
3.masukkan sayuran tadi dan sedikit sos tiram 
4.goreng sebentar sahaja. Biarkan sejuk dan sedia untuk diguna
(NA letak sayur-sayur  dan taugeh yang dicelur je…tauhu dan sos tiram tak sempat cari)

Bahan sos:

1 biji cili merah 
5 biji cili padi 
1 biji bawang putih 
1 biji buah tomato dibuang biji 

blend kesemua bahan menggunakan air yg secukupnya sehingga halus. 
tambahan: 
3 sudu besar sos cili 
sedikit kicap pekat 
gula dan garam sesedap rasa 
panaskan bahan mesin bersama bahan tambahan tadi bersama sehingga pekat. sedia untuk digunakan. 
(Nak cepat lagi NA pakai sos cili thai je….tak buat pun sosnya….)