Friday, 28 June 2013

ROTI LAPIS MAGGIE


Bahan-bahan

1 paket mee maggie perisa ayam
3 cawan air
4 keping roti gardenia (100% WholeGrain with Sunflower Seeds)
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh serbuk kiub pati ayam maggie
1/2 sudu teh lada sulah
secubit garam
sedikit minyak
sedikit lobak merah dipotong memanjang
sedikit daun sup dipotong kecil-kecil

Cara-cara
1. Masak serbuk perencah mee maggie bersama 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan mee maggie dan lobak merah ke dalam air tersebut dan biarkan mee kembang sedikit
3. Toskan mee dan biarkan ia sejuk sedikit
4. Gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dan campurkan juga daun sup
5. Ambil sekeping roti, letakkan campuran mee dan tutup dengan sekeping lagi roti
6. Di dalam bekas yang lain pecahkan telur, tambahkan kiub pati ayam, lada sulah dan garam
7. Kacau hingga sebati tetapi jangan dipukul
8. Celupkan roti tadi dan goreng menggunakan kuali tidak melekat yang telah disapu dengan sedikit minyak
9. Balik-balikkan sehingga masak 
10. Ulang proses ini untuk 2 keping lagi roti
11. Apabila telah masak potonglah sesuka hati dan hidangkan bersama sos cili

Sunday, 23 June 2013

SUP TELUR DADAR

Bahan-Bahan

3 biji telur
500ml air
1 sudu makan rempah sup
2 ulas bawang putih dipotong nipis
1cm halia dipotong memanjang
1/2 biji buah tomato dipotong dadu
6 biji cili padi dipotong kecil-kecil
1 tangkai daun sup dipotong kecil-kecil
2 sudu makan bawang goreng
1/2 biji limau nipis
sedikit lada sulah
sedikit minyak

Cara-cara
1.Pecahkan telur , campurkan dengan lada sulah dan secubit garam.Pukul sedikit
2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan dadar nipis-nipis
3. Apabila telah masak gulungkan telur dan potong sederhana nipis. Masukkan dalam sebuah mangkuk dan ketepikan

4. Di dalam sebuah periuk tumiskan bawang putih dan halia menggunakan minyak sedikit
5. Apabila telah wangi masukkan air dan rempah sup.



6. Kacau sehingga mendidih
7. Masukkan garam mengikut rasa, kacau sebentar dan angkat
8. Tuangkan keatas telur tadi
9. Taburkan semua bahan yang lain dan perahkan limau nipis
10. Sedia untuk dihidang


Saturday, 22 June 2013

IKAN SINGGANG

Bahan-Bahan

3 ekor ikan kembung yang telah dibersihkan
500ml air
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 helai daun limau purut
3 keping asam keping
garam dan serbuk perasa atau gula secukup rasa

Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia serta cili padi
2. Satukan bahan yang ditumbuk dengan air, asam keping, daun limau purut dan ikan
3. Masak hingga mendidih sambil dibalik-balikkan ikan tersebut
4. Sesuaikan rasanya dengan garam dan serbuk perasa atau gula
5. Biarkan sebentar dan angkat
6. Sedia untuk dihidang