Sunday, 2 December 2012

NASI DAGING BERAS PERANG




Bahan A

½ kilo daging
3 pot  (penyukat beras)  beras perang
½ cawan susu cair
3 sudu makan marjerin
1 biji tomato dicincang
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
½ cawan kismis
3 helai daun pandan disimpul
Garam dan  gula secukup rasa

Bahan B (untuk ditumis)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5  kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris

Cara-cara
1. Daging dipotong sederhana besar  dan direbus hingga lembut.  Sentiasa tambah air supaya air rebusan tidak kering
2. Basuh beras  dan rendam selama 15 minit kemudian toskan
3. Panaskan marjerin dalam periuk nasi elektrik menggunakan dapur biasa
4. Tumis bahan B
5. Apabila telah naik baunya  masukkan bancuhan rempah kurma dan tumis lagi hingga pecah minyak
6. Masukkan daging dan separuh air rebusannya  serta tomato. Masak sampai mendidih dan tutup api
7. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya.
8. Masukkan  daun pandan,beras, susu cair, kismis , garam dan gula  dan kacau semua campuran ini hingga rata
9. Akhir sekali masukkan lebihan air rebusan daging tadi mengikut  sukatan yang anda mahu.Jika ingin nasi keras tambah sedikit sahaja. NA tambah air rebusan hanya sekadar menutup  semua bahan-bahan tadi.
10.Biarkan nasi masak seperti biasa.
11 Sesuai dihidang bersama air asam.

0 comments:

Post a Comment