Bahan-bahan
550 gram daging bersihkan dan potong kecil-kecil
1/2 cawan rempah kari daging campur dengan 1 cawan air
3 ulas bawang merah dimayang (potong nipis-nipis)
2 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
3sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
50 ml minyak
100ml santan kotak
3 sudu makan kerisik
1 biji ubi kentang dibelah 4
Air secukupnya
Cara-cara
1. Daging diperap dengan rempah kari selama 15 minit
2. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari hingga naik baunya
3. Masukkan daging yang telah diperap dan kacau-kacau sebentar hingga air daging keluar
4. Tambah 700ml air dan biarkan ia mendidih sambil dikacau selama 1/2 jam
5. Selepas 1/2 jam tambahkan 400ml air lagi dan ubi kentang Biarkan ia mendidih sekali lagi sambil dikacau selama 1/2 jam lagi
6. Akhir sekali masukkan santan, 300ml air, garam, serbuk perasa , asam keping dan kerisik. Biarkan kari ini dimasak sambil dikacau selama lebih kurang 15 minit lagi . Jika kurang masin bolehlah ditambah garam.
7. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Nota : Proses memasak mengambil masa yang lama supaya daging benar-benar lembut/empuk
0 comments:
Post a Comment