Bahan-bahan
10 ketul ayam
1 bungkus rempah kurma (24gm)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* * dimayang/hiris nipis-nipis
1 cm halia*
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai diketuk
1 biji kentang *
1 biji bawang besar* * dibelah 4
2 biji cili merah *
2 sudu makan kerisik
sedikit bawang goreng diramas hingga hancur
500ml air
100ml santan
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Perapkan ayam , rempah kurma dan sedikit air selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis serai, bawang, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Bila naik baunya masukkan ayam yang diperap tadi
4. Kacau-kacaukan sebentar dan kemudian masukkan 500ml air
5. Apabila mendidih masukkan kentang dan kacau lagi sehingga ayam hampir empuk
6. Akhir sekali masukkan santan, garam, serbuk perasa, kerisik, cili merah dan bawang besar
7. Kacau sehingga ayam empuk. Sebelum api ditutup masukkan bawang goreng dan kacau sebati
8. Siap untuk dihidangkan
0 comments:
Post a Comment