Recent Articles

Wednesday 7 May 2014

AYAM KERISIK

Bahan-bahan

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu makan serbuk kunyit )
*semua bahan diatas diblend/kisar dengan 1/2 cawan air
1/2 ekor ayam dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan
2 senduk cili giling (kurangkan jika tidak mahu pedas)
1/2 cawan kerisik
3 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut
2 senduk minyak untuk menumis
Air secukupnya
garam dan gula/serbuk perasa

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang telah dikisar hingga naik baunya
2. Masukkan cili giling dan tumis lagi
3. Masukkan ayam dan kacau-kacaukan sebentar
4. Masukkan air dan masaklah sehingga ayam hampir empuk. Tambah air jika masakan agak kering
5. Kemudian masukkan kerisik, serai dan daun limau purut. Kacau sehingga ayam masak
6. Sebelum diangkat perisakan dengan garam dan gula atau serbuk perasa.


CHEESEKUT


Bahan-bahannya

1 paket biskut
1 paket cheese tatura
5 sudu makan susu pekat (lebihkan jika biskut tidak manis)
1 paket nescafe 3 in 1
1/3 cawan fresh milk
nestum original secukupnya
coklat rice secukupnya


Cara membuatnya

1. Bancuh air nescafe 3 in 1 dan sejukkan
2. Cheese dan susu pekat diputar sehingga kembang. Masukkan fresh milk dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan
3. Celup biskut ke dalam air nescafe sekadar lembap jangan sampai kembang
4. Susun biskut yang telah dicelup ke dalam sebuah bekas membentuk satu lapisan
5. Tuangkan lapisan cheese diatas biskut
6. Taburkan nestum dan coklat rice diatas lapisan cheese
7. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis semua bahan
8. Sejukkan semalaman di dalam peti ais sebelum dimakan

Saturday 23 November 2013

TART TELUR

 Untuk tart shell

1 ketul (250gm) buttercup
1/2 cawan gula aising
3 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika adunan terlalu lembut)
1 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat tart shell
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau rata hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli
4. Ambil sedikit doh dan tekan dalam acuan tart yang telah disapu sedikit butter 
5. Cucuk dasar tart shell dengan garpu
6. Bakar sehingga separuh masak

Untuk Filling

3 biji telur ayam gred A
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising ( guna gula kastor jika ingin lebih manis)
1/2 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat filling
1. Pukul telur, susu dan vanilla hingga sebati ( bukan pukul kembang)
2. Larutkan gula aising ke dalam air panas
3.Satukan  bancuhan telur dan gula dan kemudian ditapis


Cara membuat tart telur
1. Ambil tart shell tadi, tuangkan filling kedalamnya dan bakar semula sehingga filling masak

Saturday 5 October 2013

PANKEK PISANG


Mencuba resepi dari blog Citarasawan....

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
5 sudu makan gula
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
5 biji pisang emas dilenyek
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan mentega dicairkan ( stok mentega habis jadi NA tidak masukkan mentega)

Cara membuatnya

1. Sebatikan semua bahan dan rehatkan adunan selama 15 hingga 20 minit
2. Sendukkan adunan ke dalam kuali tak melekat yang telah dipanaskan
3. Bentukkan seperti lempeng dan biarkan ia berbuih

4. Apabila bahagian bawah bewarna keperangan, terbalikkan
5. Biarkan sekejap dan angkat
6. Sedia untuk dihidang.

Sunday 28 July 2013

BISKUT PEANUT BUTTER


Bahan-bahan

250gm buttercup
1 cawan gula halus
1/2 botol (besar) peanut butter
1 biji kuning telur
1/2 cawan tepung jagung
3-4 cawan tepung gandum (ikut lembut)

Cara-cara

1. Putar buttercup dan gula sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan peanut butter.Putar lagi
3. Masukkan pula tepung jagung dan putar lagi
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacaulah adunan sehingga boleh dibentuk
5. Bentukkan adunan bulat-bulat dan letakkan ceri atau kismis
6. Tekan ke dalam acuan biskut peanut butter dan bakar sehingga masak
7. Apabila biskut telah masak terbalikkan acuan dan ketuk-ketukkan sedikit acuan supaya biskut boleh keluar 

Thursday 4 July 2013

KERABU DAGING

Bahan-bahan

500gm daging
2 batang serai
2 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
3 biji cili merah
1biji limau nipis 
3-4 sudu makan kerisik
2-3 sudu makan sambal belacan ( kalau pedas kurangkan)
Sedikit garam mengikut rasa

Cara-cara
1. Daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis
2. Serai, bawang besar, daun limau purut dan cili merah dipotong kecil-kecil
3. Gaulkan bahan-bahan yang dihiris bersama daging
4. Perahkan limau nipis dan masukkan kerisik. Kacau hingga rata
5. Masukkan pula sambal belacan dan perasakan dengan garam
6. Kacau lagi hingga rata dan hidangkan.

Friday 28 June 2013

ROTI LAPIS MAGGIE


Bahan-bahan

1 paket mee maggie perisa ayam
3 cawan air
4 keping roti gardenia (100% WholeGrain with Sunflower Seeds)
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh serbuk kiub pati ayam maggie
1/2 sudu teh lada sulah
secubit garam
sedikit minyak
sedikit lobak merah dipotong memanjang
sedikit daun sup dipotong kecil-kecil

Cara-cara
1. Masak serbuk perencah mee maggie bersama 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan mee maggie dan lobak merah ke dalam air tersebut dan biarkan mee kembang sedikit
3. Toskan mee dan biarkan ia sejuk sedikit
4. Gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dan campurkan juga daun sup
5. Ambil sekeping roti, letakkan campuran mee dan tutup dengan sekeping lagi roti
6. Di dalam bekas yang lain pecahkan telur, tambahkan kiub pati ayam, lada sulah dan garam
7. Kacau hingga sebati tetapi jangan dipukul
8. Celupkan roti tadi dan goreng menggunakan kuali tidak melekat yang telah disapu dengan sedikit minyak
9. Balik-balikkan sehingga masak 
10. Ulang proses ini untuk 2 keping lagi roti
11. Apabila telah masak potonglah sesuka hati dan hidangkan bersama sos cili