Wednesday 20 June 2012

DAGING HITAM MANIS

 Bahan-bahan


800 gm daging (rebus hingga empuk dan potong nipis-nipis) 
1 biji kentang ( buang kulit, potong dua dan potong lagi nipis-nipis)
4 sudu kicap hitam
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan minyak


Bahan kisar


6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai


Cara Membuatnya


1. Tumiskan bahan kisar bersama-sama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik baunya
2. Masukkan kicap hitam, kicap manis, sos tiram dan lada hitam
3. Kacau-kacaukan sebentar kemudian masukkan sedikit air
4. Sesuaikan rasanya dengan memasukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut rasa anda
5. Akhir sekali masukkan daging tadi  dan gaul sehingga rata (jika suka daging boleh juga digoreng terlebih dahulu)
6. Angkat dan taburkan kentang yang telah digoreng tadi

Tuesday 19 June 2012

MAKARONI GORENG


Bahan-bahan

300gm makaroni
200 gm daging (potong kecil-kecil, bersihkan dan gaul sedikit garam)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
8 sudu makan cili giling
2 sudu makan cili sos
2 biji telur
2 sudu makan kicap hitam ( tambah jika mahu warna lebih gelap)
1 1/2 mangkuk sayur ( taugeh + kucai )
100 ml minyak
garam dan serbuk perasa ( atau gantikan dengan sedikit gula)


Cara-cara

1. Didihkan air bersama-sama 1 sudu makan minyak dan sedikit garam selama 2 hingga 3 minit atau
    sehingga kembang. Ketepikan
2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia. ketepikan
3. Goreng daging tanpa minyak sehingga keluar airnya
4. Apabila kering masukkan minyak dan goreng daging hingga garing
5. Kemudian masukkan bawang yang telah dikisar dan goreng hingga naik baunya
6. Masukkan pula cili giling, cili sos dan kicap hitam
7. Kacau-kacaukan sebentar kemudian pecahkan telur
8. Biarkan sebentar barulah dikacau hingga rata
9. Masukkan lebih kurang 50 hingga 60ml air bersama-sama dengan garam dan serbuk perasa ( atau gula)
    secukup rasa
10. Kacau hingga mendidih kemudian masukkan makaroni
11. Balik-balikkan kemudian masukkan sayur
12. Balik-balikan sekali lagi dan angkat. Jangan kacau terlalu lama untuk mengelakkan makaroni
      hancur

Friday 1 June 2012

SKON TITIS ( SERABAI BARAT )


Bahan-bahan


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus (NA guna gula aising)
3 sudu makan marjerin
150ml susu cair ( NA guna 50ml santan kotak + 100ml air )
1/2 sudu teh krim tartar
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Sedikit jem stawberry


Cara-cara
1. Ayak tepung bersama-sama krim tartar dan soda bikarbonat
2. Masukkan marjerin kedalam tepung dan ramas sehingga kelihatan seperti serbuk roti
3. Campurkan gula dan kacau rata
4. Buat lubang ditengah adunan dan masukkan telur dan susu
5. Kacau adunan dengan cepat untuk mendapatkan beter pekat
6. Panas dan sapukankan kuali dengan marjerin
7. Titiskan 2 sudu makan beter tiap-tiap kali diatas kuali  panas dan dan masak hingga berbuih dan buihnya pecah
8. Balikkan beter kesebelah yang lain dan masak hingga kuning
9. Ulang sehingga kesemua beter habis
10.Hidangkan skon panas-panas dengan melapisnya dengan jem ataupun mentega