Saturday 23 November 2013

TART TELUR

 Untuk tart shell

1 ketul (250gm) buttercup
1/2 cawan gula aising
3 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika adunan terlalu lembut)
1 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat tart shell
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau rata hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli
4. Ambil sedikit doh dan tekan dalam acuan tart yang telah disapu sedikit butter 
5. Cucuk dasar tart shell dengan garpu
6. Bakar sehingga separuh masak

Untuk Filling

3 biji telur ayam gred A
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising ( guna gula kastor jika ingin lebih manis)
1/2 cawan air panas
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat filling
1. Pukul telur, susu dan vanilla hingga sebati ( bukan pukul kembang)
2. Larutkan gula aising ke dalam air panas
3.Satukan  bancuhan telur dan gula dan kemudian ditapis


Cara membuat tart telur
1. Ambil tart shell tadi, tuangkan filling kedalamnya dan bakar semula sehingga filling masak

Saturday 5 October 2013

PANKEK PISANG


Mencuba resepi dari blog Citarasawan....

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
5 sudu makan gula
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
5 biji pisang emas dilenyek
1 sudu teh vanilla
2 sudu makan mentega dicairkan ( stok mentega habis jadi NA tidak masukkan mentega)

Cara membuatnya

1. Sebatikan semua bahan dan rehatkan adunan selama 15 hingga 20 minit
2. Sendukkan adunan ke dalam kuali tak melekat yang telah dipanaskan
3. Bentukkan seperti lempeng dan biarkan ia berbuih

4. Apabila bahagian bawah bewarna keperangan, terbalikkan
5. Biarkan sekejap dan angkat
6. Sedia untuk dihidang.

Sunday 28 July 2013

BISKUT PEANUT BUTTER


Bahan-bahan

250gm buttercup
1 cawan gula halus
1/2 botol (besar) peanut butter
1 biji kuning telur
1/2 cawan tepung jagung
3-4 cawan tepung gandum (ikut lembut)

Cara-cara

1. Putar buttercup dan gula sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan peanut butter.Putar lagi
3. Masukkan pula tepung jagung dan putar lagi
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacaulah adunan sehingga boleh dibentuk
5. Bentukkan adunan bulat-bulat dan letakkan ceri atau kismis
6. Tekan ke dalam acuan biskut peanut butter dan bakar sehingga masak
7. Apabila biskut telah masak terbalikkan acuan dan ketuk-ketukkan sedikit acuan supaya biskut boleh keluar 

Thursday 4 July 2013

KERABU DAGING

Bahan-bahan

500gm daging
2 batang serai
2 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
3 biji cili merah
1biji limau nipis 
3-4 sudu makan kerisik
2-3 sudu makan sambal belacan ( kalau pedas kurangkan)
Sedikit garam mengikut rasa

Cara-cara
1. Daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis
2. Serai, bawang besar, daun limau purut dan cili merah dipotong kecil-kecil
3. Gaulkan bahan-bahan yang dihiris bersama daging
4. Perahkan limau nipis dan masukkan kerisik. Kacau hingga rata
5. Masukkan pula sambal belacan dan perasakan dengan garam
6. Kacau lagi hingga rata dan hidangkan.

Friday 28 June 2013

ROTI LAPIS MAGGIE


Bahan-bahan

1 paket mee maggie perisa ayam
3 cawan air
4 keping roti gardenia (100% WholeGrain with Sunflower Seeds)
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh serbuk kiub pati ayam maggie
1/2 sudu teh lada sulah
secubit garam
sedikit minyak
sedikit lobak merah dipotong memanjang
sedikit daun sup dipotong kecil-kecil

Cara-cara
1. Masak serbuk perencah mee maggie bersama 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan mee maggie dan lobak merah ke dalam air tersebut dan biarkan mee kembang sedikit
3. Toskan mee dan biarkan ia sejuk sedikit
4. Gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dan campurkan juga daun sup
5. Ambil sekeping roti, letakkan campuran mee dan tutup dengan sekeping lagi roti
6. Di dalam bekas yang lain pecahkan telur, tambahkan kiub pati ayam, lada sulah dan garam
7. Kacau hingga sebati tetapi jangan dipukul
8. Celupkan roti tadi dan goreng menggunakan kuali tidak melekat yang telah disapu dengan sedikit minyak
9. Balik-balikkan sehingga masak 
10. Ulang proses ini untuk 2 keping lagi roti
11. Apabila telah masak potonglah sesuka hati dan hidangkan bersama sos cili

Sunday 23 June 2013

SUP TELUR DADAR

Bahan-Bahan

3 biji telur
500ml air
1 sudu makan rempah sup
2 ulas bawang putih dipotong nipis
1cm halia dipotong memanjang
1/2 biji buah tomato dipotong dadu
6 biji cili padi dipotong kecil-kecil
1 tangkai daun sup dipotong kecil-kecil
2 sudu makan bawang goreng
1/2 biji limau nipis
sedikit lada sulah
sedikit minyak

Cara-cara
1.Pecahkan telur , campurkan dengan lada sulah dan secubit garam.Pukul sedikit
2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan dadar nipis-nipis
3. Apabila telah masak gulungkan telur dan potong sederhana nipis. Masukkan dalam sebuah mangkuk dan ketepikan

4. Di dalam sebuah periuk tumiskan bawang putih dan halia menggunakan minyak sedikit
5. Apabila telah wangi masukkan air dan rempah sup.



6. Kacau sehingga mendidih
7. Masukkan garam mengikut rasa, kacau sebentar dan angkat
8. Tuangkan keatas telur tadi
9. Taburkan semua bahan yang lain dan perahkan limau nipis
10. Sedia untuk dihidang


Saturday 22 June 2013

IKAN SINGGANG

Bahan-Bahan

3 ekor ikan kembung yang telah dibersihkan
500ml air
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 helai daun limau purut
3 keping asam keping
garam dan serbuk perasa atau gula secukup rasa

Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia serta cili padi
2. Satukan bahan yang ditumbuk dengan air, asam keping, daun limau purut dan ikan
3. Masak hingga mendidih sambil dibalik-balikkan ikan tersebut
4. Sesuaikan rasanya dengan garam dan serbuk perasa atau gula
5. Biarkan sebentar dan angkat
6. Sedia untuk dihidang

Tuesday 21 May 2013

KEK JAGUNG BLENDED

 
Adaptasi dari Kek Orange Blended

Bahan A

3 biji telur gred B
1 cawan minyak
1 3/4 cawan gula kastor
1/2 tin jagung dalam tin jenis berkrim

Blend semua bahan hingga sebati

Bahan B

2 cawan tepung gandum 
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Ayak semua bahan


Cara membuatnya:

1. Tuangkan bahan yang telah diblender kedalam sebuah bekas
2. Masukkan bahan B sedikit-sedikit sambil dikacau 
3. Akhir sekali masukkan 1/2 tin lagi jagung tadi dan kacau hingga rata
4. Bakar adunan tersebut di dalam pemanggang ajaib
5. Apabila kek hampir masak terbalikkan pemanggang ajaib dan bakar lagi selama 5 atau 10 minit  supaya ke dua-dua belah kek serata warnanya.


Monday 29 April 2013

AYAM PERCIK PUTIH

Resepi dari kakak ipar NA

Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong 3 dan bersihkan
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dipotong memanjang
2 batang serai diketuk
Air, garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan B
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(semua bahan B dikisar)

2 cawan santan 
2 sudu beras yang telah dikisar halus
3 batang serai diketuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Rebus bahan A sehingga ayam empuk
2. Bakar ayam menggunakan pemanggang ajaib sehingga ayam kekuningan. Sesekali semasa ayam dibakar renjiskan dengan sedikit kuahnya
3. Untuk kuahnya satukan bahan kisar dengan santan, serbuk beras, serai, serbuk lada hitam, asam keping, gula dan garam. Masak hingga pekat.
4. Curahkan keatas ayam yang telah dibakar/panggang semasa menghidang.


JAPANESE CHEESE CAKE

resepi dari sahabat fb....Ucu Tipah


BAHAN A
200ML SUSU SEGAR/CAIR
5/6 KEPING CHEEDAR CHEESE
100GM MAJERIN/BUTTER

BAHAN B
4 BUTIR KUNING TELUR
1 SUDU ESEN VANILA

BAHAN C
110 GM TEPUNG KEK(TEPUNG NAIK SENDIR ) (3/4 CAWAN)

BAHAN D
4 BUTIR PUTIH TELUR
90GM GULA CASTUR  ( NA GUNA 1/2 CAWAN GULA AISING )
1 SUDU KFC CREAM OF TAR TAR

CARANYA
SATUKAN CHEEDAR CHEESE(KOYAK2 KAN DULU)SUSU DAN BUTTER . MASAK ATAS API KECIL SAMPAI HANCUR SAMBIL TU KACAU JGN SAMPAI BERKETUL2 DAH SIAP KETEPIKAN BIAR IA SEJUK
KUNING TELUR DAN ESEN VANILA DIPUKUL SAMPAI KEMBANG N BERCREAM SIAP MASUKAN BAHAN C N BAHAN A BERSELANG SELI KACAU KAUP BALIK JER SIPA KETEPIKAN
DALAM BEKAS LAIN PUKUL PUTIH TELUR SAMPAI BERBUIH N MASUKAN GULA CASTUR N CREAM OFF TAR TAR PUKUL LAJU SAMPAI KENTAL N BERTANDUK KALAU DITERBALIKKAN XJATUH N AMBIL SEPARUH PUTIH TELUR TADI CAMPURKAN DLM ADUNAN TEPUNG SECARA KAUP BALIK BUAT SAMPAI HABIS SIAP MASUKKAN DLM LOYANG YG TELAH DISAPU MAJERIN N DIALAS KERTAS MINYAK SIAP LEH DIBAKAR MASUKKAN LOYANG BERISI ADUNAN KEDLM LOYANG BERISI AIR PANAS(LOYANG LEBIH BESAR) N BAKAR SECARA DOUBLE BOIL DGN SUHU 150 DARJAH SELAMA 1JAM MULA 2API ATAS BAWAH SELAMA 15-20MINIT PAS TU API BAWAH JER SAMPAI MASAK SIAP KELUARKAN N BIARKAN 5 MINIT N TERBALIKKAN N TUNGGU SEJUK BARU DIBUH TOPPING YG DISUKAI
  

KUIH LAPIS


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
secubit garam
pewarna hijau

Cara Membuatnya :
Gaul semua bahan-bahan dan tapiskan (NA guna blender)
Bahagikan kepada 2 bahagian (1 warna hijau/ 1 warna putih)
Panaskan kukus, sapu sedikit minyak pada acuan lompang.
Setiap lapisan kukus selama 3 minit.
Lapisan terakhir 10 minit.


Saturday 30 March 2013

APAM MEKAR COKLAT



Resepi asal dari puan Shima Maz

Bahan2:

1 1/2 cawan tepung beras
2 sudu kecil baking powder* kedua2nya diayak bersama
3/4 cawan gula halus
1 cawan susu coklat dutch lady
sedikit coklat paste

Caranya :
Panaskan kukusan dahulu.
Acuan dialas dengan mangkuk kertas.
Satukan bahan kering dalam mangkuk pastu tuang susu n kacau hingga larut dan sebati.
Masukkan coklat paste dan kacau lagi.
tuang 3/4 penuh dalam acuan dan kukus 15 minit dengan api besar.
Makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam yang dikukus sebentar



Kalau guna perasa stawberry inilah hasilnya.............

KEK KUKUS ANEKA



Bahan-bahan:

100gram tepung gandum

75gram biskut Jacob's (dihancurkan)(saya guna weetameal)
(16 keping)

125 gram gula castor

5 biji telur

200 ml susu pekat

200 gram marjerin

60 gram milo (1/2 cawan)

2 sudu makan mentega kacang

1 sudu teh pewarna hijau

Cara membuatnya:

Pukul marjerin,gula kastor dan susu pekat hingga kembang

Masukkan telur satu persatu dan tepung gandum serta biskut Jacob's.Kacau sebati

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu dimasukkan milo (saya tambah sedikit coklat emelco) satu dimasukkan mentega kacang dan satu dimasukkan pewarna hijau

Masukkan adunan yg diisi milo ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit,diikuti adunan yg diisi mentega kacang juga dikukus 15 minit dan akhir sekali adunan berwarna hijau juga kukus selama 15 minit.

Thursday 28 March 2013

WAFER CHEESE CAKE

Mencuba resepi dari internet....t/kasih kepada tuan empunya resepi

Bahan-bahan 


250g cream cheese
200g susu pekat manis
Biskut wafer (Perasa orange dan strawberry adalah kombinasi yang baik dengan cheese)
Sedikit garam
Sedikit milo serbuk

Cara:
Pukul cheese, susu dan garam hingga licin dan sebati
Gunakan bekas kesukaan (tidak perlu dibakar)
Susun selapis wafer diikuti dengan cheese
Taburkan milo ke atas cheese
Ulang proses susunan wafer, cheese dan serbuk milo sehingga cheese habis
Simpan ke dalam peti sejuk 
Boleh dipotong sekiranya wafer dan cheese mesra dan sebati

Monday 18 March 2013

KEK CHEESE JELI KOKTEL



Lapisan biskut
200gm biskut marie (dikisar halus)
100gm mentega (dicairkan)

Lapisan kek
250gm keju krim
200ml krim putar tenusu (uht whipping cream)
15gm gelatin halal
60ml air
80gm gula kastor

Lapisan Jeli
50gm serbuk agar-agar
100gm gula kastor
500ml air
1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)

  
Cara membuat:

1.Lapisan biskut: Cairkan mentega dan tuangkan mentega cair ke dalam biskut dan gaul sebati.Ratakan pada acuan tin springform bersaiz 8 inci dan tekan padat.Masukkan dalam peti sejuk 30 minit.
2.Lapisan kek: Krim putar dipukul hingga kembang dan pekat.Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Pukul keju krim dan gula hingga kembang dan berkrim.
4.Gelatin dan air disatukan dan panaskan atas double-boiler hingga cair.Sejukkan sebentar hingga suam dan masukkan dalam adunan keju tadi.Kacau sebati.Masukkan krim putar tadi dan gaul sebati.
5.Masukkan ½ tin buah-buahan (tanpa air) dalam adunan lapisan kek.Gaul rata.
6.Tuangkan atas lapisan biskut tadi dan ratakan.Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam supaya ia keras sedikit.
7.Lapisan jeli: Satukan serbuk agar-agar,gula kastor dan air.Masak hingga mendidih.Biarkan ia menjadi suam.Taburkan separuh buah-buahan atas kek yang telah keras tadi.Tuangkan agar-agar yang telah suam keatasnya.
8.Simpan semula dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam lagi hingga keras.

Friday 1 March 2013

TWISTIES N.A


Bahan-bahan

2 cawan laksa kering yang telah dipatah-patahkan 
( sepanjang 2cm)

Bahan kisar

1 cawan nestum (original)

4 sudu rempah kari ikan


2 sudu serbuk cili


1 sudu makan gula


1/2 sudu teh garam


1/2 kiub pati ayam 



Cara-cara


1. Goreng laksa kering (sedikit sedikit ) dalam minyak banyak yang betul-betul panas


2. Angkat dan masukkan dalam sebuah bekas yang agak besar


3. Masukkan bahan kisar dan tutup bekas tersebut

4. Goncangkan bekas tersebut sehingga semua bahan bercampur


5. Sedia untuk dimakan

KEK LOBAK MERAH KRIM KEJU

Bahan-bahan
 2 1/2 cawan tepung beserbuk penaik "Blue Key"
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula perang
1 cawan gula castor
4 biji telur gred B
1 cawan minyak jagung
1 cawan mentega cair
1 1/4 cawan lobak merah yang telah diparut
3/4 hingga 1 cawan kacang walnut yang telah dicincang

Hiasan

250gm keju krim
200gm gula castor (tambah gula jika ingin lebih manis )
1/2 sudu teh esen vanila
secubit garam
250gm krim putar UHT ( UHT Whipping Cream)

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama baking powder dan serbuk penaik
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan semua bahan kecuali kacang walnut
3. Gaul dan kisar sehingga adunan menjadi lembut
4. Masukkan kacang walnut dan kisar lagi sehingga bercampur
5. Masukkan ke dalam acuan 22cm x 22cm x 5cm dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam pada suhu 180 darjah celcius
6. Setelah masak biarkan ia sejuk sebelum dihias dengan aising krim putar keju

Cara menyediakan hiasan

1. Pukul krim putar sehingga kental dan ketepikan
2. Dalam mangkuk yang lain pukul semua bahan yang lain sehingga kembang dan gebu
3. Masukkan krim putar tadi dan gaul sehingga sebati
4. Sapukan pada kek
5. Setelah dihias simpan kek di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan

Sunday 3 February 2013

KEK KUKUS SERIKAYA HORLICKS



Bahan-bahan

250gm buttercup (NA campur buttercup dan marjerin untuk dapatkan 250gm sbb buttercup kebetulan habis)
6 biji telur gred B
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
1/3 cawan susu pekat
1 tin kecil (1 cawan) kaya
3 paket horlicks ( 3 in 1)
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
Jem blueberry 
Pewarna

Cara-cara
1. Putar butercup dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi
3. Masukkan horlicks , serikaya, susu pekat dan air sejuk sambil diputar
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda
6. Sendukkan adunan ke dalam loyang dan kukus.
7. Bila telah masak sapukan jem dan tuangkan pula lagi sesenduk adunan yang berlainan warna
8.Buatlah berlapis-lapis sehingga  adunan habis.