Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

AYAM KERISIK

Bahan-bahan

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu makan serbuk kunyit )
*semua bahan diatas diblend/kisar dengan 1/2 cawan air
1/2 ekor ayam dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan
2 senduk cili giling (kurangkan jika tidak mahu pedas)
1/2 cawan kerisik
3 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut
2 senduk minyak untuk menumis
Air secukupnya
garam dan gula/serbuk perasa

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang telah dikisar hingga naik baunya
2. Masukkan cili giling dan tumis lagi
3. Masukkan ayam dan kacau-kacaukan sebentar
4. Masukkan air dan masaklah sehingga ayam hampir empuk. Tambah air jika masakan agak kering
5. Kemudian masukkan kerisik, serai dan daun limau purut. Kacau sehingga ayam masak
6. Sebelum diangkat perisakan dengan garam dan gula atau serbuk perasa.


Monday, 29 April 2013

AYAM PERCIK PUTIH

Resepi dari kakak ipar NA

Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong 3 dan bersihkan
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dipotong memanjang
2 batang serai diketuk
Air, garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan B
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(semua bahan B dikisar)

2 cawan santan 
2 sudu beras yang telah dikisar halus
3 batang serai diketuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Rebus bahan A sehingga ayam empuk
2. Bakar ayam menggunakan pemanggang ajaib sehingga ayam kekuningan. Sesekali semasa ayam dibakar renjiskan dengan sedikit kuahnya
3. Untuk kuahnya satukan bahan kisar dengan santan, serbuk beras, serai, serbuk lada hitam, asam keping, gula dan garam. Masak hingga pekat.
4. Curahkan keatas ayam yang telah dibakar/panggang semasa menghidang.


Monday, 31 December 2012

AYAM GORENG MAMAK


Sumber Resepi : Rakan FB


Bahan2:
1 ekor ayam
6 sudu mkn tepung jagung
6 sudu mkn tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering 
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari  selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Friday, 30 November 2012

AYAM PANGGANG GULA MERAH


Bahan-bahan

12 ketul ayam
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
7 batang serai
1 sudu teh garam ( kalau nak masin lebihkan )
4 sudu makan gula merah

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan ketepikan
2. Kisar semua bawang, halia, lengkuas dan serai
3. Satukan bahan kisar dengan ayam. garam dan gula merah
4. Gaul rata dan perap semalaman (NA letak dalam peti ais)
5. Bakar dalam pemanggang ajaib
6. Sedia untuk dihidang

Thursday, 31 May 2012

KURMA AYAM


Bahan-bahan


10 ketul ayam
1 bungkus rempah kurma (24gm)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*        * dimayang/hiris nipis-nipis
1 cm halia*                            
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
2 batang serai diketuk
1 biji kentang *
1 biji bawang besar*        * dibelah 4
2 biji cili merah *
2 sudu makan kerisik
sedikit bawang goreng diramas hingga hancur
500ml air
100ml santan
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Perapkan ayam , rempah kurma dan sedikit air selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis serai, bawang, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Bila naik baunya masukkan ayam yang diperap tadi
4. Kacau-kacaukan sebentar dan kemudian masukkan 500ml air
5. Apabila mendidih masukkan kentang dan kacau lagi sehingga ayam hampir empuk
6. Akhir sekali masukkan santan, garam, serbuk perasa, kerisik, cili merah dan bawang besar
7. Kacau sehingga ayam empuk. Sebelum api ditutup  masukkan bawang goreng dan kacau sebati
8. Siap untuk dihidangkan

Sunday, 6 May 2012

AYAM MASAK SAMBAL

Bahan-bahan


1/2 ekor ayam (bersihkan , gaul garam kunyit dan goreng garing)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cup cili giling ADABI
1 cawan air ( guna cup cili giling )
3 sudu makan gula
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
2 helai daun limau purut
4 batang serai diketuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
Minyak secukupnya


Cara-cara


1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih, halia yang telah dimayang
2. Masukkan cili giling dan goreng hingga naik minyak
3. Masukkan pula air dan goreng lagi hingga mendidih
4. Kemudian masukkan gula, garam , serbuk perasa, daun limau purut, serai dan bawang besar
5. Masak kuah hingga agak pekat dan tutup api.
6. Biarkan lebih kurang 2 minit kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi
7. Balik-balikkan ayam biar sebati
8. Sedia untuk dihidang

Sunday, 1 April 2012

KARI AYAM NA

Bahan-bahan


7 ketul ayam dibersihkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 bungkus kecil rempah kari ayam/daging ADABI
1 sudu makan cili giling ADABI
700ml air
100ml santan 
2 sudu makan kerisik
2 biji ubi kentang dibelah 4
1/2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara- Cara
1. Rempah dan cili giling jadikan pes
2. Mayang semua bawang dan halia
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari
4. Apabila naik baunya masukkan rempah
5. Kacau hingga naik minyak 
6. Masukan air, ayam dan kentang
7. Kacau sehingga kentang dan daging ayam empuk
8. Masukkan garam , santan dan kacau lagi
9. Akhir sekali masukkan asam keping dan juga kerisik
10. Biarkan mendidih dan angkat