Monday 31 December 2012

AYAM GORENG MAMAK


Sumber Resepi : Rakan FB


Bahan2:
1 ekor ayam
6 sudu mkn tepung jagung
6 sudu mkn tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering 
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari  selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Wednesday 5 December 2012

KEK NENAS TERBALIK


Bahan-bahan

250 gm mentega
220 gm tepung kek (NA guna tepung naik sendiri)
1 sudu teh serbuk penaik
200 gm gula kastor ( kurangkan jika tidak mahu manis)
30 gm mentega dicairkan
4 biji telur gred A (NA guna 5 biji telur gred B)
5 sudu makan air sirap nenas
3 sudu makan gula perang
9 keping nenas bulat ( dalam tin)
( lapkan dengan tuala bersih atau tisu)
5 biji ceri (dibelah dua )

Cara -cara
1. Sediakan acuan empat segi ( 8 x 8 inci) dan lapikkan dengan kertas serap minyak
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C selama 15 minit
3. Satukan mentega, gula kastor dan putar hingga kembang dan putih
4. Masukkan telur sebiji sebiji sambil diputar hingga sebati
5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik sedikit sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air sirap nenas
6. Ratakan mentega cair dalam acuan. Taburkan gula perang. Susun nenas bulat pada dasar acuan. Masukkan ceri di tengah-tengah lubang nenas



7. Tuangkan adunan kek dan ratakan

8. Bakar sehingga masak menggunakan kaedah "steam bake" 
     (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air)


9.Setelah masak sejukkan kek di dalam acuan selama 1 jam
10.Terbalikkan kek kedalam pinggan, kepingan nenas hendaklah dibahagian atasnya.

Sunday 2 December 2012

AIR ASAM ALA N.A



Bahan-bahan

1 ½ biji buah tomato
1 ½  biji bawang besar
2 biji cili merah
6 biji cili padi 
Sedikit belacan
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 sudu makan kerisik
1 sudu teh asam jawa Ekstra ADABI
1 cawan air masak
½ sudu serbuk perasa
1 sudu kfc garam

Cara-cara

1.  Hiris nipis-nipis buah tomato, bawang besar dan cili merah
2.  Kisar cili padi bersama-sama dengan belacan
3.  Asam jawa dicampur dengan air untuk dijadikan air asam jawa
4.  Masukkan air asam ke dalam bahan yang dihiris
5.  Masukkan juga semua bahan yang lain dan kacau sehingga rata.

NASI DAGING BERAS PERANG




Bahan A

½ kilo daging
3 pot  (penyukat beras)  beras perang
½ cawan susu cair
3 sudu makan marjerin
1 biji tomato dicincang
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
½ cawan kismis
3 helai daun pandan disimpul
Garam dan  gula secukup rasa

Bahan B (untuk ditumis)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5  kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris

Cara-cara
1. Daging dipotong sederhana besar  dan direbus hingga lembut.  Sentiasa tambah air supaya air rebusan tidak kering
2. Basuh beras  dan rendam selama 15 minit kemudian toskan
3. Panaskan marjerin dalam periuk nasi elektrik menggunakan dapur biasa
4. Tumis bahan B
5. Apabila telah naik baunya  masukkan bancuhan rempah kurma dan tumis lagi hingga pecah minyak
6. Masukkan daging dan separuh air rebusannya  serta tomato. Masak sampai mendidih dan tutup api
7. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya.
8. Masukkan  daun pandan,beras, susu cair, kismis , garam dan gula  dan kacau semua campuran ini hingga rata
9. Akhir sekali masukkan lebihan air rebusan daging tadi mengikut  sukatan yang anda mahu.Jika ingin nasi keras tambah sedikit sahaja. NA tambah air rebusan hanya sekadar menutup  semua bahan-bahan tadi.
10.Biarkan nasi masak seperti biasa.
11 Sesuai dihidang bersama air asam.

Friday 30 November 2012

AYAM PANGGANG GULA MERAH


Bahan-bahan

12 ketul ayam
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
7 batang serai
1 sudu teh garam ( kalau nak masin lebihkan )
4 sudu makan gula merah

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan ketepikan
2. Kisar semua bawang, halia, lengkuas dan serai
3. Satukan bahan kisar dengan ayam. garam dan gula merah
4. Gaul rata dan perap semalaman (NA letak dalam peti ais)
5. Bakar dalam pemanggang ajaib
6. Sedia untuk dihidang

LEMPONG (PARU) GORENG RANGUP

 
Bahan-bahan

Lempong
Asam Keping
Garam
Gula
Cuka
Bawang besar dan cili padi untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Lempong dibersihkan kemudian direbus dengan asam keping dan garam hingga masak
2. Sejukkan dan potong nipis-nipis
3. Gaulkan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa
4. Goreng hingga garing. Sebelum diangkat masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dipotong
5. Balik-balikkan sekejap dan angkat

Thursday 22 November 2012

TELUR DADAR DAUN KESUM


Telur Dadar.....sebenarnya letak apa pun tetap sedap.....

Bahan-bahan

4 biji telur
1 tangkai cili merah
2 ulas cili merah
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
beberapa helai daun kesum ( ikut kesukaan)
secubit garam
lada sulah ( jika suka)

Cara-cara
1. Hiris cili merah dan semua bawang nipis-nipis
2. Pecahkan telur dan pukul sedikit
3. Masukkan semua bahan dan pukul sedikit lagi
4. Dadarlah sehingga masak
5. Hidangkan ketika masih panas

SOTONG MASAK HITAM


Resepi dari Kelantan.....simple dan sedap....

Bahan-bahan

5 ekor sotong saiz besar
500ml air
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili padi (merah)
5 biji cili padi (hijau)
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara
1. Bersihkan sotong dan jangan buangkan dakwat untuk 2 ekor sotong
2. Bawang, serai dan cili padi diketuk
3. Campurkan semua bahan dengan air dan masak sehingga dakwat sotong keluar
4. Sesuaikan rasa dengan garam dan serbuk perasa sebelum diangkat
5. Sedia untuk dihidang

MAKARONI BAKAR





Sumber Resepi  : Resepi Mat Gebu dari My Resepi
Ubahsuai : Mengikut selera keluarga


Bahan-bahan

 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn 
 sedikit minyak
1/4 cawan daging yang dipotong kecil-kecil (digoreng sekejap)
 2 sosej ayam dipotong bulat ( digoreng sekejap)
1 1/2 tangkai cili merah dihiris
1/4   cili  benggala  dihiris
4 keping chesdale saiz kecil ( dipotong memanjang)
1/2 cawan potongan daun kucai
 4 sudu makan bawang goreng

BAHAN2 KASTARD:-
5 biji telur gred A (NA guna 6 biji telur gred B )
200 ml susu cair
2 camca besar mentega cair
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada sulah

Cara-cara

1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bahan2 untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan2 utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk.
3. Satukan kastard ke dalam No.1. Gaul rata dan isikan ke dalam pemanggang ajaib. Susunkan kepingan chesdale diatasnya dan bakar sehingga   masak
 4.  Hidangkan bersama sos cili.

Monday 12 November 2012

PUDING BISKUT SULTANA


Bahan-bahan

1 bungkus agar-agar strip (20gm)
5 cawan air
1 cawan gula (kurangkan jika tidak suka manis)
1 ketul buttercup (250gm)
3 biji telur
1 cawan tepung kastad
1 tin susu cair
Biskut sultana secukupnya
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna hijau dan kuning

Cara-cara
1. Tepung kastad dicampur dengan susu cair dan kacau sehingga rata
2. Blend bahan no.1 bersama-sama dengan buttercup dan telur sehingga sebati dan ketepikan
3. Masak agar-agar bersama-sama dengan air dan gula sehingga agar-agar hancur
4.Setelah agar-agar hancur masukkan bahan yang telah diblend tadi dan juga esen vanilla
5.Kacau adunan sehingga agak pekat dan tutup api
6.Bahagikan adunan kepada dua bahagian, Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning
7. Sediakan  loyang dan basahkan loyang tersebut dengan sedikit air supaya mudah mengeluarkannya nanti
8.Ambil beberapa senduk adunan hijau dan ratakan di dalam loyang. Kemudian susunkan biskut mengikut kreativiti anda. Seteruskan sendukkan pula adunan kuning dan ratakan. Buatlah lapisan ini sehingga adunan dan biskut habis
9. Setelah siap sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais


Sunday 11 November 2012

KEK COKLAT KUKUS LAYER CHEESE

Merealisasikan impian untuk menyediakan kek coklat kukus layer cheese.Terima kasih kepada tuan empunya resepi ....




Bahan-bahan 

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin(dicairkan) @ 1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum,anggaran(1 cawan+2 sudu besar)
1 sudu kecil baking powder(sy guna sudu kfc je)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul ringan)

Bahan-bahan untuk lapisan cheese
250 gram cream cheese(philadelphia)
100 gram coklat masakan putih
2 biji telur
30 gram tepung gandum (anggaran 3 sudu makan)

Cara-cara
1.     Campurkan serbuk coklat,gula pasir,susu cair,dan marjerin.panaskan atas api sederhana,hingga gula larut(jgn sampai hangus,angkat dan sejukkan)
2.     Sementara itu,campurkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat (di ayak)
3. Tuangkan susu pekat kedalam adunan coklat yg telah sejuk sedikit td..gaul rata..kemudian masukkan telur,gaul hingga sebati...
4. Akhir,masukkan seluruh adunan coklat kedalam campuran tepung yg diayak tadi..kacau hingga semuanya betul2 sebati.
5. Untuk lapisan cheese pula: -cairkan coklat masakan dengan teknik double boil..bila dah cair angkat dan campurkan dengan cream cheese, telur dan tepung gandum.pukul hingga kembang dan gebu...
6. Panaskan kukusan..sapu minyak sikit pada loyang yg sesuai,agar bila kek masak senang nak terbalikkan..dan kek tak melekat.
7. Masukkan sebahagian adunan coklat kedalam loyang kemudian kukus selama 15 @ 20 minit.
8. Bila dah masak,masukkan pula semua adunan cheese,kukus lagi selama 15 @ 20 minit...
9. Dan akhir,masukkan sebahagian lagi adunan coklat tadi keatas lapisan cheese dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak....bila selesai masak,angkat dan biarkan sejuk seketika.
10. P/s:-untuk topping atas kek... bahan2: 250 gm coklat masakan,3 sudu besar susu cair,2 sudu besar susu pekat,1 sudu besar marjerin..... cairkan coklat(double boil),bila dh cair masukkan susu cair,susu pekat dan marjerin..tuang atas kek yg telah sejuk tadi...hiaslah ikut selera anda..



Saturday 20 October 2012

DURIAN CREPE

Mencuba resepi dari rakan fb....terima kasih kepada tuan empunya resepi.....


250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

 Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

KEK OREN BLENDED BUAH-BUAHAN


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(ketiga-tiga bahan diatas diayak bersama dan ketepikan)
2 cawan gula (kurangkan jika tidak mahu manis)
1 biji buah oren tanpa biji (dipotong kecil-kecil  dengan kulitnya sekali)
1 cawan minyak
3 biji telur
1 cawan buah-buahan campuran 
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1. Blender gula,telur,oren, minyak dan esen vanilla hingga gula hancur
2.Tuangkan adunan yang telah diblender ke dalam sebuah bekas
3. Campurkan adunan ini dengan tepung sedikit demi sedikit hingga tepung habis
4. Kemudian campurkan dengan buah-buahan kering dan kacau lagi sehingga sebati
5. Masukkan adunan kedalam acuan yang telah dilenser dengan marjerin/minyak
6.Kukuslah sehingga masak



Tuesday 9 October 2012

KASTARD PANDAN LAYER KEK


UNTUK KEK

Oleh kerana nak kuih ni cepat siap NA pakai je kek sponge perisa pandan yang jual kat kedai. Kemudian NA bahagikan kek ini kepada tiga bahagian (lapisan)

UNTUK LAYER KASTARD

10 gm agar-agar 
1 1/2 cawan gula
5 cawan air ( 1000ml )
1 ketul buttercup
1 tin susu cair
2 biji telur
1/2 cawan air daun pandan
1 cawan tepung kastard
Pewarna hijau


CARA 
1. Basuh agar-agar dan masak bersama-sama air dan gula sehingga agar-agar hancur
2. Blend buttercup, susu cair, telur, air daun pandan dan tepung kastard hingga sebati.Jika terlampau pekat tambahkan sedikit lagi air daun pandan
3. Masukkan bahan yang diblend kedalam agar-agar tadi sambil dikacau hingga pekat
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau , kacau hingga rata dan tutup api
5. Angkat dan sejukkan lebih kurang 1 hingga 2 minit
6. Ambil sebahagian adunan dan ratakan di dalam loyang
7.Ambil sekeping kek tadi dan letakkan diatas adunan kastard
8.Ulangi proses ini sehingga kek dan  layer kastad habis
9.Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dihidang
10. Untuk hiasan bolehlah ditaburkan kelapa parut kering di atas kuih 


NOTA : Gunakan acuan/loyang yang lebih tinggi untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak



Thursday 23 August 2012

AGAR-AGAR KEMBANG SEMANGKUK





Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
200ml susu cair
200gm gula (1 cawan)
1500ml air (kurangkan jika ingin agar2 lebih keras)
7 biji buah kembang semangkuk (rendam hingga kembang, buang biji dan kulitnya, ramas sedikit dan toskan)
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak agar-agar, gula, daun pandan dan air sehingga gula hancur dan kelihatan jernih.
2. Masukkan susu cair. Kacaukan sebentar dan tutup api
3. Tapiskan agar-agar bercampur susu tadi kedalam loyang
4. Taburkan kembang semangkuk dan biarkan agar2  membeku





Friday 10 August 2012

DONUT

 Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis kering
3 sudu makan susu pekat
1/3 cawan minyak
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung dan kacau sebati
2. Masukkan tepung dan gaul hingga boleh diuli
3. Ulikan tepung dan biarkan doh pada suhu bilik sehingga ia naik sekali ganda
4. Bila telah naik, ulikan semula, canai dan tekan dengan acuan donut
5. Biarkan ia naik sekali lagi sebelum digoreng dengan api perlahan
6. Bila selesai digoreng, angkat dan golekkan dalam gula halus
7. Adunan boleh juga dibuat bulat-bulat untuk dijadikan pau goreng.

PASTRI GORENG BERINTI DAGING


Bahan-bahan

A.Untuk Pastri

    1 1/2 cawan tepung gandum
    3 sudu makan marjerin
    air sejuk dari peti ais

    Cara-cara
    1. Gaul dan ramas tepung dan marjerin sehingga menjadi seperti   
        serbuk roti
    2. Tambahkan air sedikit- sedikit sehingga boleh diuli
    3. Uli sedikit dan canaikan nipis-nipis (seperti kulit karipap)
    4. Terap dengan acuan bulat dan ketepikan

B. Untuk Inti
    
     1 cawan daging cincang
     2 biji telur ( buat seperti telur dadar dan hancurkan)
     sedikit daun kucai potong kecil-kecil
     sedikit lada sulah
     sedikit garam
     sedikit kicap seasoning
     1 biji cili merah dipotong dadu
     sedikit minyak

    Cara-cara
    1. Gaulkan daging dengan garam, lada sulah dan kicap
    2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masakkan daging 
        hingga keluar airnya
    3. Angkat dan sejukkan
    4. Campurkan dengan kucai, telur dan cili merah

Cara untuk membuat kuih

1. Ambil satu pastri bulat, letakkan inti dan tutup dengan satu lagi pastri
2. Tekan sekelilingnya supaya tidak terbuka ketika digoreng
3. Buat sehingga pastri dan inti habis
4. Goreng dengan api perlahan dan minyak yang sedikit sehingga masak
5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama sos cili atau sos cili Thai
    

UDANG GORENG BERSAMA TELUR


Bahan-bahannya

27-30 ekor udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 biji telur (kacau sahaja jangan dipukul)
1 tangkai daun kari
1 biji cili merah
serbuk kunyit 
garam dan serbuk perasa
2 - 3 sudu makan marjerin untuk menumis
sedikit air

Cara-cara
1.Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2.Panaskan marjerin kemudian tumis bahan yang dikisar
3. Masukkan telur dan biarkan seketika
4. Kacaukan telur sehingga hancur 
5. Tambahkan sedikit air dan masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit
6. Kacaukan sebentar dan masukkan udang
7. Biarkan udang masak sambil dikacau. Tambah air jika terlalu kering
8. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili merah yang telah dipotong
9. Balik-balikkan sebentar dan bolehlah diangkat

KUIH LOMPANG




Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah 
2 cawan air
2 helai daun pandan [disimpul asing2]


**kelapa parut putih shj + sedikit garam halus + 1 helai daun pandan yg dh disimpul..kukuskan sekejap..


Cara-cara :
1. Satukan gula merah & gula pasir dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. 
2. Masak atas api kecil hingga gula larut..sejukkan sebentar
3. Satukan tepung beras & tepung ubi dan tuang 1 cawan air & air kapur, gaul rata.
4. Kemudian tuangkan air gula yang dah sejuk tadi..sikit2 dlm tepung..gaul rata
5. Tapis dan tuang adunan dlm acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak, tujuan nya memudahkan lompang dikeluarkan dr acuan 
5. Kukus 10 minit atau hingga masak. BILA DAH MASAK AKAN MENJADI LUBANG DI TENGAHNYA..seperti pic di atas
6. Hidang bersama kelapa parut yg dikukus tadi 

KUIH CARA MANIS


Bahan-bahan

         100gm tepung
         200ml santan sederhana pekat
         1 sudu besar jus pandan
         1 biji telur
         1/2 sudu teh garam
         beberapa titik pewarna hijau
         gula sebagai inti

Cara-cara

1.    Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis atau nak lebih cepat bolehlah diblend
2.    Panaskan acuan, lengser dengan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3.    Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus

Saturday 4 August 2012

PIE TEE


Kulit Pie Tee

4 sudu besar tepung gandum 
3/4 cawan tepung beras 
3/4 cawan air 
1 biji telur 
secubit garam 
serbuk lada sulah secukup rasa 
1 sudu teh air kapur 
1 sudu teh gula/bahan perasa 

caranya: 

1.Bancuh kesemua bahan sehingga sebati dan putar dgn pemutar kek sehingga berbuih. perap 20 minit... 
2.panaskan minyak dlm kuali comel. minyak mesti tengelam acuan pie tee. 
letakan acuan sehingga panas. 
2.celupkan acuan yang telah panas ke dalam adunan tadi. (sila guna cawan supaya senang nak pegang) 
3.celup sehingga separas bunga acuan. 




4.kemudian masukkan ke dalam minyak panas tadi. (api sederhana) 
tengelamkan acuan tadi kemudian angkat sedikit supaya tepung akan lekang dari acuan dan membentuk topi kembang..

                                                     seperti membuat kuih loyang/ros

5.bila dah kembang terus memegang acuan pada tahap topi kembang .. jika di angkat atau di rendam terlebih nanti topi itu tidak kan menjadi. 
6.teruskan sehingga kekuningan baru dikeluarkan dari acuan. kalau dikeluarkan awal nanti pie tee akan senget bengge 

Inti:

1 keping tauhu putih potong dadu kecik 
carot dan sengkuang  diparut halus 
timun potong memanjang 
sedikit taugeh 
1.tumiskan bawang putih ketuk bersama udang geragau sehingga wangi 
2.masukkan tauhu goreng sehingga masak 
3.masukkan sayuran tadi dan sedikit sos tiram 
4.goreng sebentar sahaja. Biarkan sejuk dan sedia untuk diguna
(NA letak sayur-sayur  dan taugeh yang dicelur je…tauhu dan sos tiram tak sempat cari)

Bahan sos:

1 biji cili merah 
5 biji cili padi 
1 biji bawang putih 
1 biji buah tomato dibuang biji 

blend kesemua bahan menggunakan air yg secukupnya sehingga halus. 
tambahan: 
3 sudu besar sos cili 
sedikit kicap pekat 
gula dan garam sesedap rasa 
panaskan bahan mesin bersama bahan tambahan tadi bersama sehingga pekat. sedia untuk digunakan. 
(Nak cepat lagi NA pakai sos cili thai je….tak buat pun sosnya….)


Wednesday 25 July 2012

BROKOLI GORENG BERSAMA KENTANG


Bahan-bahan


2 biji kentang dipotong dadu dan direbus (Jangan terlampau empuk )
250gm brokoli (lebih pun tak pe )
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*        *dikisar
1cm halia*
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 inci kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
 1sudu makan rempah kari dijadikan pes
2sudu kfc serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1 biji cili hijau @ merah dipotong serong
1/2 cawan air
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis


Cara-cara
1.Tumiskan bahan kisar bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga jintan
2. Bila naik baunya masukkan rempah kari dan serbuk kunyit
3. Kacau sebentar kemudian tambahkan air
4. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut rasa anda dan kacau hingga mendidih
5. Masukkan kentang dan kacau lagi
6. Bila agak pekat masukkan brokoli, daun kari dan cili hijau
7. Balik-balikkan sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidang



Monday 23 July 2012

KUIH TALAM SAGU


A. Bahan-bahan lapisan bawah


1 cawan sagu biji bewarna merah

3/4 cawan kelapa parut (buang kulit hitamnya)

pewarna merah

secubit garam


Cara-cara

1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan

2. Gaulkan dengan kelapa parut. garam dan pewarna merah

3. Masukkan ke dalam loyang kecil (5" x 5") yang telah disapu minyak dan padatkan

4. Kukus dan sementara itu sediakan lapisan atas


B. Bahan -bahan lapisan atas


5 sudu makan (penuh2) tepung gandum

1 sudu makan (penuh2) tepung jagung

2 1/2 cawan santan sederhana pekat campur secubit garam

1 biji telur gred B (pukul sedikit)

5 sudu makan gula pasir1 helai daun pandan disimpul


Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali daun pandan

2. Gaulkan hingga rata.Adunan kelihatan berketul-ketul 

3. Masukkan daun pandan dan kacau diatas api sederhana4. Kacau sehingga ketul-ketul tepung tadi berkurangan ( jangan terlalu lama)

5. Tapiskan adunan ini diatas lapisan sagu yang telah dicakar-cakar sedikit dan kukus lagi lebih kurang 20 minit atau sehingga adunan masak 



Friday 20 July 2012

MURTABAK BISKUT JAGUNG


Bahan-bahannya


200gm (1 1/2 cawan ) daging kisar dibersihkan
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji kentang dipotong dadu
6 biji telur dicampur dengan sedikit lada sulah dan garam
1 paket kecil (24gm) rempah kari daging (jadikan pes dengan mencampur sedikit air)
35-40 keping biskut jagung
650ml santan sederhana pekat
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 1/2 cawan sayur campur
garam dan serbuk perasa@gula
minyak untuk menumis
1/2 cawan air


Cara-cara


1.Tumiskan bawang merah,bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik baunya
2. Masukkan rempah kari dan kacau sebentar hingga naik minyaknya
3. Masukkan daging, ubi kentang dan air kemudian kacau-kacaukan ia sehingga agak kering
4. Masukkan pula garam dan gula mengikut kesesuaian rasa anda. Kacau lagi
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong dadu dan sayur campur
6. Balik-balikkan ia, bila kering angkat dan sejukkan
7. Lengserkan loyang dengan marjerin dan sedikit tepung
8. Panaskan sedikit santan. kemudian celupkan beberapa keping biskut dan susun di dalam loyang sebagai lapisan pertama
9. Tuangkan adunan daging diatas lapisan roti diikuti dengan telur
10.Susun lagi biskut diatas lapisan daging.Biskut jangan dicelup ke dalam santan sebaliknya tuangkan sedikit santan di atas lapisan biskut. Ulangi proses sehingga habis
11.Setelah siap bakar hingga masak.







Wednesday 20 June 2012

DAGING HITAM MANIS

 Bahan-bahan


800 gm daging (rebus hingga empuk dan potong nipis-nipis) 
1 biji kentang ( buang kulit, potong dua dan potong lagi nipis-nipis)
4 sudu kicap hitam
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan minyak


Bahan kisar


6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai


Cara Membuatnya


1. Tumiskan bahan kisar bersama-sama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik baunya
2. Masukkan kicap hitam, kicap manis, sos tiram dan lada hitam
3. Kacau-kacaukan sebentar kemudian masukkan sedikit air
4. Sesuaikan rasanya dengan memasukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut rasa anda
5. Akhir sekali masukkan daging tadi  dan gaul sehingga rata (jika suka daging boleh juga digoreng terlebih dahulu)
6. Angkat dan taburkan kentang yang telah digoreng tadi