Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

NASI DAGING BERAS PERANG




Bahan A

½ kilo daging
3 pot  (penyukat beras)  beras perang
½ cawan susu cair
3 sudu makan marjerin
1 biji tomato dicincang
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
½ cawan kismis
3 helai daun pandan disimpul
Garam dan  gula secukup rasa

Bahan B (untuk ditumis)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5  kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris

Cara-cara
1. Daging dipotong sederhana besar  dan direbus hingga lembut.  Sentiasa tambah air supaya air rebusan tidak kering
2. Basuh beras  dan rendam selama 15 minit kemudian toskan
3. Panaskan marjerin dalam periuk nasi elektrik menggunakan dapur biasa
4. Tumis bahan B
5. Apabila telah naik baunya  masukkan bancuhan rempah kurma dan tumis lagi hingga pecah minyak
6. Masukkan daging dan separuh air rebusannya  serta tomato. Masak sampai mendidih dan tutup api
7. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya.
8. Masukkan  daun pandan,beras, susu cair, kismis , garam dan gula  dan kacau semua campuran ini hingga rata
9. Akhir sekali masukkan lebihan air rebusan daging tadi mengikut  sukatan yang anda mahu.Jika ingin nasi keras tambah sedikit sahaja. NA tambah air rebusan hanya sekadar menutup  semua bahan-bahan tadi.
10.Biarkan nasi masak seperti biasa.
11 Sesuai dihidang bersama air asam.

Sunday, 22 April 2012

NASI GORENG IKAN BILIS


Bahan-bahan


6 cawan nasi dingin
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 biji telur
1 cawan ikan bilis
1/2 biji timun dipotong dadu ( Sayur lain pun boleh)
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu makan kicap hitam ( NA guna kicap mee TAMIN )
5 sudu makan air
1 1/2 sudu kfc garam
2 sudu teh lada sulah
minyak secukupnya


Cara-cara


1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan
2. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih dan cili padi yang telah dikisar
3. Apabila naik baunya pecahkan telur dan kacau-kacaukan sebentar
4. Masukkan air, kicap dan garam dan sedikit serbuk perasa jika suka
5. Kacau-kacaukan sebentar kemudian masukkan nasi. Gaul rata
6. Masukkan pula timun, bawang goreng dan lada sulah.
7. Balik-balikkan masakan sehingga rata. Angkat dan biarkan sejuk sedikit
8. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga rata
9. Siap untuk dihidang