Sunday, 6 May 2012

DRAGON FRUIT CUPCAKES


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula castor ( untuk yang suka manis letak 2 cawan)
1 cawan minyak
4 biji telur (gred c)
3/4 biji buah naga ( berat termasuk kulitnya 350gm - 1/4 lagi untuk hiasan )
1 sudu makan (rata) baking powder
1 sudu makan pewarna sirap
Gula urai untuk hiasan

Cara-cara

1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan
2. Blend minyak, gula, telur dan buah naga lebih kurang 3 hingga 4 minit
3. Masukkan adunan yang telah diblend kedalam sebuah bekas
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati
5. Masukkan pewarna sirap dan gaul lagi hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas
7. Bakar sehingga masak


Untuk Topping

Campurkan 1/2 cawan susu pekat, 1 sudu makan marjerin dan separuh daripada 1/4 biji
buah naga yang telah dikisar tanpa air. Masakkan kesemua bahan  tadi diatas air panas hingga
rata. Angkat dan sapukan diatas cupcakes. Taburkan gula urai dan letak hirisan buah naga.

AYAM MASAK SAMBAL

Bahan-bahan


1/2 ekor ayam (bersihkan , gaul garam kunyit dan goreng garing)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cup cili giling ADABI
1 cawan air ( guna cup cili giling )
3 sudu makan gula
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
2 helai daun limau purut
4 batang serai diketuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
Minyak secukupnya


Cara-cara


1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih, halia yang telah dimayang
2. Masukkan cili giling dan goreng hingga naik minyak
3. Masukkan pula air dan goreng lagi hingga mendidih
4. Kemudian masukkan gula, garam , serbuk perasa, daun limau purut, serai dan bawang besar
5. Masak kuah hingga agak pekat dan tutup api.
6. Biarkan lebih kurang 2 minit kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi
7. Balik-balikkan ayam biar sebati
8. Sedia untuk dihidang

BAYAM TUMIS AIR


Bahan-bahan


1 ikat bayam ( bersihkan dan potong )
3 ulas bawang putih (hiris nipis2)
2 biji cili merah (potong serong)
1/2 cawan ikan bilis
3 1/2 cawan air ( 700ml )
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
1 sudu kfc serbuk lada sulah
minyak untuk menumis


Cara-cara


1. Tumis bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan ikan bilis dan balik-balikkan sebentar
3. Masukkan air, garam, serbuk perasa dan lada sulah
4. Biarkan mendidih
5. Akhir sekali masukkan bayam dan cili merah
6. Biarkan seketika dan angkat. Jangan masak terlalu lama.

Saturday, 5 May 2012

SINGGANG DAGING

 Bahan-bahan


1/2 kilo daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan cili giling (kurangkan jika tidak suka pedas )
3 keping asam keping ( kurangkan jika tidak suka masam)
3 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
1 sudu makan biji ketumbar ( goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar)
Air secukupnya


Cara-Cara
1. Bawang merah dan bawang putih dikisar
2. Halia dan lengkuas dipotong memanjang
3. Daging dibersihkan dan direbus dengan halia dan lengkuas selama 1 jam
4. Semasa proses merebus pastikan air sentiasa ditambah supaya masakan tidak kering
5. Selepas 1 jam masukkan bawang yang dikisar dan cili giling
6. Masak lagi selama 45 minit. Dalam proses ini juga pastikan air sentiasa ditambah supaya masakan tidak kering
7. Akhir sekali masukkan asam keping, garam, serbuk perasa dan ketumbar
8. Masak lagi selama 10 hingga 15 minit 
9. Tutup api dan masakan siap untuk dihidangkan

Friday, 4 May 2012

KUIH TALAM CENDOL

Mencuba salah satu resepi dari blog kawan yang juga minat memasak.....


Ini resepinya.....



LAPISAN BAWAH


Bahan A


200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula castor (NA guna gula pasir je)
1 s/k garam


Bahan B


200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-


1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak 
5. Kukus selama 25 minit
6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu




LAPISAN ATAS


Bahan A


300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan


Bahan B


150 gm tepung gandum
1 s/b tepung jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam


Cara-caranya:-


1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit




Wednesday, 2 May 2012

DAGING MERAH ALA THAI


Bahan-bahan


600 gram daging dipotong kepada 6 bahagian
Pewarna merah ( NA guna pewarna sirap )
1 biji buah tomato (belah 12)
2 biji cili merah dipotong serong
8 biji cili padi diketuk ( NA potong ditengah je )
1 tangkai daun bawang ( potong 1 inci )
2 ulas bawang putih dicincang
6 sudu makan tomato sos KIMBALL
5 sudu makan cili sos MAGGI
2 helai daun limau purut
1 1/2 sudu makan gula (kurangkan jika tidak suka manis)
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
1/2 cawan air
minyak secukupnya


Cara-cara


1. Rebus daging dengan pewarna merah sehingga empuk 
2. Potong daging nipis-nipis
3. Gorengkan daging sekejap dan ketepikan
4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi
5. Masukkan cili sos dan tomato sos dan kacau-kacaukan sebentar
6. Masukkan air, garam dan serbuk perasa
7. Bila kuah agak pekat masukkan daging
8. Balik-balikkan sebentar, kemudian masukkan semua bahan2 yang lain
9. Balik-balikkan sekali lagi dan angkat



KUIH ABOK-ABOK

   

Bahan-bahannya


1 cawan biji sagu (warna hijau)
1 cawan kelapa parut
3 sudu makan air daun pandan
secubit garam
4 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula pasir


Cara-cara


1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan
2. Gaulkan sagu dengan kelapa parut. air daun pandan dan garam
3.Satukan gula merah dan gula putih untuk intinya
4. Letakkan separuh adunan sagu kedalam acuan atau kelongsong daun pisang
5. Lubangkan ditengahnya dan masukkan inti
6. Tutup inti dengan adunan sagu dan padatkan
7. Jika menggunakan kelongsong bentukkan ia seperti membuat kuih koci
8. Kukus hingga masak










Nota : Jika menggunakan sagu putih masukkan pewarna hijau semasa menggaulnya