Friday, 10 August 2012

UDANG GORENG BERSAMA TELUR


Bahan-bahannya

27-30 ekor udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 biji telur (kacau sahaja jangan dipukul)
1 tangkai daun kari
1 biji cili merah
serbuk kunyit 
garam dan serbuk perasa
2 - 3 sudu makan marjerin untuk menumis
sedikit air

Cara-cara
1.Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2.Panaskan marjerin kemudian tumis bahan yang dikisar
3. Masukkan telur dan biarkan seketika
4. Kacaukan telur sehingga hancur 
5. Tambahkan sedikit air dan masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit
6. Kacaukan sebentar dan masukkan udang
7. Biarkan udang masak sambil dikacau. Tambah air jika terlalu kering
8. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili merah yang telah dipotong
9. Balik-balikkan sebentar dan bolehlah diangkat

KUIH LOMPANG




Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah 
2 cawan air
2 helai daun pandan [disimpul asing2]


**kelapa parut putih shj + sedikit garam halus + 1 helai daun pandan yg dh disimpul..kukuskan sekejap..


Cara-cara :
1. Satukan gula merah & gula pasir dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. 
2. Masak atas api kecil hingga gula larut..sejukkan sebentar
3. Satukan tepung beras & tepung ubi dan tuang 1 cawan air & air kapur, gaul rata.
4. Kemudian tuangkan air gula yang dah sejuk tadi..sikit2 dlm tepung..gaul rata
5. Tapis dan tuang adunan dlm acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak, tujuan nya memudahkan lompang dikeluarkan dr acuan 
5. Kukus 10 minit atau hingga masak. BILA DAH MASAK AKAN MENJADI LUBANG DI TENGAHNYA..seperti pic di atas
6. Hidang bersama kelapa parut yg dikukus tadi 

KUIH CARA MANIS


Bahan-bahan

         100gm tepung
         200ml santan sederhana pekat
         1 sudu besar jus pandan
         1 biji telur
         1/2 sudu teh garam
         beberapa titik pewarna hijau
         gula sebagai inti

Cara-cara

1.    Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis atau nak lebih cepat bolehlah diblend
2.    Panaskan acuan, lengser dengan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3.    Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus

Saturday, 4 August 2012

PIE TEE


Kulit Pie Tee

4 sudu besar tepung gandum 
3/4 cawan tepung beras 
3/4 cawan air 
1 biji telur 
secubit garam 
serbuk lada sulah secukup rasa 
1 sudu teh air kapur 
1 sudu teh gula/bahan perasa 

caranya: 

1.Bancuh kesemua bahan sehingga sebati dan putar dgn pemutar kek sehingga berbuih. perap 20 minit... 
2.panaskan minyak dlm kuali comel. minyak mesti tengelam acuan pie tee. 
letakan acuan sehingga panas. 
2.celupkan acuan yang telah panas ke dalam adunan tadi. (sila guna cawan supaya senang nak pegang) 
3.celup sehingga separas bunga acuan. 




4.kemudian masukkan ke dalam minyak panas tadi. (api sederhana) 
tengelamkan acuan tadi kemudian angkat sedikit supaya tepung akan lekang dari acuan dan membentuk topi kembang..

                                                     seperti membuat kuih loyang/ros

5.bila dah kembang terus memegang acuan pada tahap topi kembang .. jika di angkat atau di rendam terlebih nanti topi itu tidak kan menjadi. 
6.teruskan sehingga kekuningan baru dikeluarkan dari acuan. kalau dikeluarkan awal nanti pie tee akan senget bengge 

Inti:

1 keping tauhu putih potong dadu kecik 
carot dan sengkuang  diparut halus 
timun potong memanjang 
sedikit taugeh 
1.tumiskan bawang putih ketuk bersama udang geragau sehingga wangi 
2.masukkan tauhu goreng sehingga masak 
3.masukkan sayuran tadi dan sedikit sos tiram 
4.goreng sebentar sahaja. Biarkan sejuk dan sedia untuk diguna
(NA letak sayur-sayur  dan taugeh yang dicelur je…tauhu dan sos tiram tak sempat cari)

Bahan sos:

1 biji cili merah 
5 biji cili padi 
1 biji bawang putih 
1 biji buah tomato dibuang biji 

blend kesemua bahan menggunakan air yg secukupnya sehingga halus. 
tambahan: 
3 sudu besar sos cili 
sedikit kicap pekat 
gula dan garam sesedap rasa 
panaskan bahan mesin bersama bahan tambahan tadi bersama sehingga pekat. sedia untuk digunakan. 
(Nak cepat lagi NA pakai sos cili thai je….tak buat pun sosnya….)


Wednesday, 25 July 2012

BROKOLI GORENG BERSAMA KENTANG


Bahan-bahan


2 biji kentang dipotong dadu dan direbus (Jangan terlampau empuk )
250gm brokoli (lebih pun tak pe )
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*        *dikisar
1cm halia*
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 inci kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
 1sudu makan rempah kari dijadikan pes
2sudu kfc serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1 biji cili hijau @ merah dipotong serong
1/2 cawan air
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis


Cara-cara
1.Tumiskan bahan kisar bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga jintan
2. Bila naik baunya masukkan rempah kari dan serbuk kunyit
3. Kacau sebentar kemudian tambahkan air
4. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut rasa anda dan kacau hingga mendidih
5. Masukkan kentang dan kacau lagi
6. Bila agak pekat masukkan brokoli, daun kari dan cili hijau
7. Balik-balikkan sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidang



Monday, 23 July 2012

KUIH TALAM SAGU


A. Bahan-bahan lapisan bawah


1 cawan sagu biji bewarna merah

3/4 cawan kelapa parut (buang kulit hitamnya)

pewarna merah

secubit garam


Cara-cara

1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan

2. Gaulkan dengan kelapa parut. garam dan pewarna merah

3. Masukkan ke dalam loyang kecil (5" x 5") yang telah disapu minyak dan padatkan

4. Kukus dan sementara itu sediakan lapisan atas


B. Bahan -bahan lapisan atas


5 sudu makan (penuh2) tepung gandum

1 sudu makan (penuh2) tepung jagung

2 1/2 cawan santan sederhana pekat campur secubit garam

1 biji telur gred B (pukul sedikit)

5 sudu makan gula pasir1 helai daun pandan disimpul


Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali daun pandan

2. Gaulkan hingga rata.Adunan kelihatan berketul-ketul 

3. Masukkan daun pandan dan kacau diatas api sederhana4. Kacau sehingga ketul-ketul tepung tadi berkurangan ( jangan terlalu lama)

5. Tapiskan adunan ini diatas lapisan sagu yang telah dicakar-cakar sedikit dan kukus lagi lebih kurang 20 minit atau sehingga adunan masak 



Friday, 20 July 2012

MURTABAK BISKUT JAGUNG


Bahan-bahannya


200gm (1 1/2 cawan ) daging kisar dibersihkan
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji kentang dipotong dadu
6 biji telur dicampur dengan sedikit lada sulah dan garam
1 paket kecil (24gm) rempah kari daging (jadikan pes dengan mencampur sedikit air)
35-40 keping biskut jagung
650ml santan sederhana pekat
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 1/2 cawan sayur campur
garam dan serbuk perasa@gula
minyak untuk menumis
1/2 cawan air


Cara-cara


1.Tumiskan bawang merah,bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik baunya
2. Masukkan rempah kari dan kacau sebentar hingga naik minyaknya
3. Masukkan daging, ubi kentang dan air kemudian kacau-kacaukan ia sehingga agak kering
4. Masukkan pula garam dan gula mengikut kesesuaian rasa anda. Kacau lagi
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong dadu dan sayur campur
6. Balik-balikkan ia, bila kering angkat dan sejukkan
7. Lengserkan loyang dengan marjerin dan sedikit tepung
8. Panaskan sedikit santan. kemudian celupkan beberapa keping biskut dan susun di dalam loyang sebagai lapisan pertama
9. Tuangkan adunan daging diatas lapisan roti diikuti dengan telur
10.Susun lagi biskut diatas lapisan daging.Biskut jangan dicelup ke dalam santan sebaliknya tuangkan sedikit santan di atas lapisan biskut. Ulangi proses sehingga habis
11.Setelah siap bakar hingga masak.