Thursday, 31 May 2012

KURMA AYAM


Bahan-bahan


10 ketul ayam
1 bungkus rempah kurma (24gm)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*        * dimayang/hiris nipis-nipis
1 cm halia*                            
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
2 batang serai diketuk
1 biji kentang *
1 biji bawang besar*        * dibelah 4
2 biji cili merah *
2 sudu makan kerisik
sedikit bawang goreng diramas hingga hancur
500ml air
100ml santan
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Perapkan ayam , rempah kurma dan sedikit air selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis serai, bawang, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Bila naik baunya masukkan ayam yang diperap tadi
4. Kacau-kacaukan sebentar dan kemudian masukkan 500ml air
5. Apabila mendidih masukkan kentang dan kacau lagi sehingga ayam hampir empuk
6. Akhir sekali masukkan santan, garam, serbuk perasa, kerisik, cili merah dan bawang besar
7. Kacau sehingga ayam empuk. Sebelum api ditutup  masukkan bawang goreng dan kacau sebati
8. Siap untuk dihidangkan

KARI DAGING


Bahan-bahan


550 gram daging bersihkan dan potong kecil-kecil
1/2 cawan rempah kari daging campur dengan 1 cawan air
3 ulas bawang merah dimayang (potong nipis-nipis)
2 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
3sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
50 ml minyak
100ml santan kotak
3 sudu makan kerisik
1 biji ubi kentang dibelah 4
Air secukupnya


Cara-cara


1. Daging diperap dengan rempah kari selama 15 minit
2. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari hingga naik baunya
3. Masukkan daging yang telah diperap dan kacau-kacau sebentar hingga air daging keluar
4. Tambah 700ml air dan biarkan ia mendidih sambil dikacau selama 1/2 jam
5. Selepas 1/2 jam tambahkan 400ml air lagi dan ubi kentang Biarkan ia mendidih sekali lagi sambil dikacau   selama 1/2 jam lagi
6. Akhir sekali masukkan santan, 300ml air, garam, serbuk perasa , asam keping dan kerisik. Biarkan kari     ini dimasak sambil dikacau selama lebih kurang 15 minit lagi . Jika kurang masin bolehlah ditambah garam.
7. Angkat dan sedia untuk dihidang.




Nota : Proses memasak mengambil masa yang lama supaya daging benar-benar lembut/empuk











APAM BELANG




4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (sy guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna


Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.


   

Sunday, 20 May 2012

KEK LOBAK MERAH


Bahan-bahannya

1 cawan lobak merah yang telah diparut
1 cawan minyak
1 cawan gula pasir (jika mahu kurang manis gantikan dengan gula castor)
1 cawan gula perang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama-sama baking powder dan soda . Ketepikan
2. Blend minyak ,telur dan kedua-dua gula hingga kembang
3. Masukkan adunan yang telah diblend ke dalam sebuah bekas
4, Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5, Akhir sekali masukkan lobak merah dan gaul hingga rata  (boleh juga ditambah sedikit badam cincang )
6. Bakar sehingga masak 

Saturday, 19 May 2012

KENTANG LENYEK DENGAN SOS LADA HITAM


Bahan-bahan



Ubi kentang 
Tepung jagung
Kiub ayam
Margarine/butter
Seasoning maggi (NA guna kicap hitam )
Sos black pepper 
Air masak


Cara-cara


1. Rebus kentang, bila dah empuk, lenyek dan bulat-bulatkan


Sos Lada Hitam 


1. Campurkan air masak dgn 1/2 cawan tepung jagung
2. Masukkan 1 sudu besar butter/margarine dlm periuk, masak
sampai cair. 
3. Masukkan campuran tepung jagung, seasoning maggi, 1 kiub 
ayam, sos black pepper secukup rasa, kalau tawar tambah la 
garam. 
5. Kacau dengan api sederhana sehingga pekat
6. Tuangkan ke atas kentang tadi



MASAK LEMAK SOTONG


Bahan-bahan


8 ekor sotong (buang kulit dan dakwatnya kemudian basuh bersih)
4 biji ubi kentang ( rebus dan lenyek hingga hancur bersama sedikit garam dan lada sulah )
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
10 biji cili padi
500 ml air
200 ml santan
4 sudu kfc kunyit serbuk
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
1 helai daun kunyit dihiris kecil-kecil


Cara-Cara
1. Sumbatkan kentang ke dalam sotong. Jika ada kentang   yang lebih kemudian nanti boleh dimasukkan ke dalam kuah.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur
3. Masak bahan kisar bersama air hingga mendidih
4. Setelah itu masukkan santan, garam ,serbuk kunyit dan serbuk perasa
5. Kacau-kacaukan sebentar kemudian masukkan sotong
6. Kacau lagi dan akhir sekali masukkan daun kunyit
7. Jika ada kentang yang lebih masukkan ke dalam kuah
8. Setelah mendidih tutup api
9. Sedia untuk dihidang

Friday, 18 May 2012

TELUR DALAM LADA BENGGALA


Mencuba salah satu resepi dari sebuah group masakan.....


Cara-cara

1.Bersihkan Lada benggala.
2.Potong bulat setebal setengah 1/4 inci.
3.Panaskan kuali leper, sapukan margerin atau minyak masak,
4.Letakkan potongan lada tersebut.
5.Pecahkan telur gred 'C' kedalam bulatan lada tersebut.
6.Bakarlah sampai masak.
7.Sebelum itu, titiskan sos seasoning maggi dan serbuk lada sulah di atasnya..