Wednesday, 20 June 2012

DAGING HITAM MANIS

 Bahan-bahan


800 gm daging (rebus hingga empuk dan potong nipis-nipis) 
1 biji kentang ( buang kulit, potong dua dan potong lagi nipis-nipis)
4 sudu kicap hitam
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan minyak


Bahan kisar


6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai


Cara Membuatnya


1. Tumiskan bahan kisar bersama-sama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik baunya
2. Masukkan kicap hitam, kicap manis, sos tiram dan lada hitam
3. Kacau-kacaukan sebentar kemudian masukkan sedikit air
4. Sesuaikan rasanya dengan memasukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut rasa anda
5. Akhir sekali masukkan daging tadi  dan gaul sehingga rata (jika suka daging boleh juga digoreng terlebih dahulu)
6. Angkat dan taburkan kentang yang telah digoreng tadi

Tuesday, 19 June 2012

MAKARONI GORENG


Bahan-bahan

300gm makaroni
200 gm daging (potong kecil-kecil, bersihkan dan gaul sedikit garam)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
8 sudu makan cili giling
2 sudu makan cili sos
2 biji telur
2 sudu makan kicap hitam ( tambah jika mahu warna lebih gelap)
1 1/2 mangkuk sayur ( taugeh + kucai )
100 ml minyak
garam dan serbuk perasa ( atau gantikan dengan sedikit gula)


Cara-cara

1. Didihkan air bersama-sama 1 sudu makan minyak dan sedikit garam selama 2 hingga 3 minit atau
    sehingga kembang. Ketepikan
2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia. ketepikan
3. Goreng daging tanpa minyak sehingga keluar airnya
4. Apabila kering masukkan minyak dan goreng daging hingga garing
5. Kemudian masukkan bawang yang telah dikisar dan goreng hingga naik baunya
6. Masukkan pula cili giling, cili sos dan kicap hitam
7. Kacau-kacaukan sebentar kemudian pecahkan telur
8. Biarkan sebentar barulah dikacau hingga rata
9. Masukkan lebih kurang 50 hingga 60ml air bersama-sama dengan garam dan serbuk perasa ( atau gula)
    secukup rasa
10. Kacau hingga mendidih kemudian masukkan makaroni
11. Balik-balikkan kemudian masukkan sayur
12. Balik-balikan sekali lagi dan angkat. Jangan kacau terlalu lama untuk mengelakkan makaroni
      hancur

Friday, 1 June 2012

SKON TITIS ( SERABAI BARAT )


Bahan-bahan


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus (NA guna gula aising)
3 sudu makan marjerin
150ml susu cair ( NA guna 50ml santan kotak + 100ml air )
1/2 sudu teh krim tartar
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Sedikit jem stawberry


Cara-cara
1. Ayak tepung bersama-sama krim tartar dan soda bikarbonat
2. Masukkan marjerin kedalam tepung dan ramas sehingga kelihatan seperti serbuk roti
3. Campurkan gula dan kacau rata
4. Buat lubang ditengah adunan dan masukkan telur dan susu
5. Kacau adunan dengan cepat untuk mendapatkan beter pekat
6. Panas dan sapukankan kuali dengan marjerin
7. Titiskan 2 sudu makan beter tiap-tiap kali diatas kuali  panas dan dan masak hingga berbuih dan buihnya pecah
8. Balikkan beter kesebelah yang lain dan masak hingga kuning
9. Ulang sehingga kesemua beter habis
10.Hidangkan skon panas-panas dengan melapisnya dengan jem ataupun mentega



Thursday, 31 May 2012

KURMA AYAM


Bahan-bahan


10 ketul ayam
1 bungkus rempah kurma (24gm)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*        * dimayang/hiris nipis-nipis
1 cm halia*                            
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
2 batang serai diketuk
1 biji kentang *
1 biji bawang besar*        * dibelah 4
2 biji cili merah *
2 sudu makan kerisik
sedikit bawang goreng diramas hingga hancur
500ml air
100ml santan
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Perapkan ayam , rempah kurma dan sedikit air selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis serai, bawang, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Bila naik baunya masukkan ayam yang diperap tadi
4. Kacau-kacaukan sebentar dan kemudian masukkan 500ml air
5. Apabila mendidih masukkan kentang dan kacau lagi sehingga ayam hampir empuk
6. Akhir sekali masukkan santan, garam, serbuk perasa, kerisik, cili merah dan bawang besar
7. Kacau sehingga ayam empuk. Sebelum api ditutup  masukkan bawang goreng dan kacau sebati
8. Siap untuk dihidangkan

KARI DAGING


Bahan-bahan


550 gram daging bersihkan dan potong kecil-kecil
1/2 cawan rempah kari daging campur dengan 1 cawan air
3 ulas bawang merah dimayang (potong nipis-nipis)
2 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
3sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa
50 ml minyak
100ml santan kotak
3 sudu makan kerisik
1 biji ubi kentang dibelah 4
Air secukupnya


Cara-cara


1. Daging diperap dengan rempah kari selama 15 minit
2. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari hingga naik baunya
3. Masukkan daging yang telah diperap dan kacau-kacau sebentar hingga air daging keluar
4. Tambah 700ml air dan biarkan ia mendidih sambil dikacau selama 1/2 jam
5. Selepas 1/2 jam tambahkan 400ml air lagi dan ubi kentang Biarkan ia mendidih sekali lagi sambil dikacau   selama 1/2 jam lagi
6. Akhir sekali masukkan santan, 300ml air, garam, serbuk perasa , asam keping dan kerisik. Biarkan kari     ini dimasak sambil dikacau selama lebih kurang 15 minit lagi . Jika kurang masin bolehlah ditambah garam.
7. Angkat dan sedia untuk dihidang.




Nota : Proses memasak mengambil masa yang lama supaya daging benar-benar lembut/empuk











APAM BELANG




4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (sy guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna


Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.


   

Sunday, 20 May 2012

KEK LOBAK MERAH


Bahan-bahannya

1 cawan lobak merah yang telah diparut
1 cawan minyak
1 cawan gula pasir (jika mahu kurang manis gantikan dengan gula castor)
1 cawan gula perang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama-sama baking powder dan soda . Ketepikan
2. Blend minyak ,telur dan kedua-dua gula hingga kembang
3. Masukkan adunan yang telah diblend ke dalam sebuah bekas
4, Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5, Akhir sekali masukkan lobak merah dan gaul hingga rata  (boleh juga ditambah sedikit badam cincang )
6. Bakar sehingga masak