Saturday, 20 October 2012

DURIAN CREPE

Mencuba resepi dari rakan fb....terima kasih kepada tuan empunya resepi.....


250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

 Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

KEK OREN BLENDED BUAH-BUAHAN


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(ketiga-tiga bahan diatas diayak bersama dan ketepikan)
2 cawan gula (kurangkan jika tidak mahu manis)
1 biji buah oren tanpa biji (dipotong kecil-kecil  dengan kulitnya sekali)
1 cawan minyak
3 biji telur
1 cawan buah-buahan campuran 
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1. Blender gula,telur,oren, minyak dan esen vanilla hingga gula hancur
2.Tuangkan adunan yang telah diblender ke dalam sebuah bekas
3. Campurkan adunan ini dengan tepung sedikit demi sedikit hingga tepung habis
4. Kemudian campurkan dengan buah-buahan kering dan kacau lagi sehingga sebati
5. Masukkan adunan kedalam acuan yang telah dilenser dengan marjerin/minyak
6.Kukuslah sehingga masak



Tuesday, 9 October 2012

KASTARD PANDAN LAYER KEK


UNTUK KEK

Oleh kerana nak kuih ni cepat siap NA pakai je kek sponge perisa pandan yang jual kat kedai. Kemudian NA bahagikan kek ini kepada tiga bahagian (lapisan)

UNTUK LAYER KASTARD

10 gm agar-agar 
1 1/2 cawan gula
5 cawan air ( 1000ml )
1 ketul buttercup
1 tin susu cair
2 biji telur
1/2 cawan air daun pandan
1 cawan tepung kastard
Pewarna hijau


CARA 
1. Basuh agar-agar dan masak bersama-sama air dan gula sehingga agar-agar hancur
2. Blend buttercup, susu cair, telur, air daun pandan dan tepung kastard hingga sebati.Jika terlampau pekat tambahkan sedikit lagi air daun pandan
3. Masukkan bahan yang diblend kedalam agar-agar tadi sambil dikacau hingga pekat
4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau , kacau hingga rata dan tutup api
5. Angkat dan sejukkan lebih kurang 1 hingga 2 minit
6. Ambil sebahagian adunan dan ratakan di dalam loyang
7.Ambil sekeping kek tadi dan letakkan diatas adunan kastard
8.Ulangi proses ini sehingga kek dan  layer kastad habis
9.Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dihidang
10. Untuk hiasan bolehlah ditaburkan kelapa parut kering di atas kuih 


NOTA : Gunakan acuan/loyang yang lebih tinggi untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak



Thursday, 23 August 2012

AGAR-AGAR KEMBANG SEMANGKUK





Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
200ml susu cair
200gm gula (1 cawan)
1500ml air (kurangkan jika ingin agar2 lebih keras)
7 biji buah kembang semangkuk (rendam hingga kembang, buang biji dan kulitnya, ramas sedikit dan toskan)
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak agar-agar, gula, daun pandan dan air sehingga gula hancur dan kelihatan jernih.
2. Masukkan susu cair. Kacaukan sebentar dan tutup api
3. Tapiskan agar-agar bercampur susu tadi kedalam loyang
4. Taburkan kembang semangkuk dan biarkan agar2  membeku





Friday, 10 August 2012

DONUT

 Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis kering
3 sudu makan susu pekat
1/3 cawan minyak
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung dan kacau sebati
2. Masukkan tepung dan gaul hingga boleh diuli
3. Ulikan tepung dan biarkan doh pada suhu bilik sehingga ia naik sekali ganda
4. Bila telah naik, ulikan semula, canai dan tekan dengan acuan donut
5. Biarkan ia naik sekali lagi sebelum digoreng dengan api perlahan
6. Bila selesai digoreng, angkat dan golekkan dalam gula halus
7. Adunan boleh juga dibuat bulat-bulat untuk dijadikan pau goreng.

PASTRI GORENG BERINTI DAGING


Bahan-bahan

A.Untuk Pastri

    1 1/2 cawan tepung gandum
    3 sudu makan marjerin
    air sejuk dari peti ais

    Cara-cara
    1. Gaul dan ramas tepung dan marjerin sehingga menjadi seperti   
        serbuk roti
    2. Tambahkan air sedikit- sedikit sehingga boleh diuli
    3. Uli sedikit dan canaikan nipis-nipis (seperti kulit karipap)
    4. Terap dengan acuan bulat dan ketepikan

B. Untuk Inti
    
     1 cawan daging cincang
     2 biji telur ( buat seperti telur dadar dan hancurkan)
     sedikit daun kucai potong kecil-kecil
     sedikit lada sulah
     sedikit garam
     sedikit kicap seasoning
     1 biji cili merah dipotong dadu
     sedikit minyak

    Cara-cara
    1. Gaulkan daging dengan garam, lada sulah dan kicap
    2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masakkan daging 
        hingga keluar airnya
    3. Angkat dan sejukkan
    4. Campurkan dengan kucai, telur dan cili merah

Cara untuk membuat kuih

1. Ambil satu pastri bulat, letakkan inti dan tutup dengan satu lagi pastri
2. Tekan sekelilingnya supaya tidak terbuka ketika digoreng
3. Buat sehingga pastri dan inti habis
4. Goreng dengan api perlahan dan minyak yang sedikit sehingga masak
5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama sos cili atau sos cili Thai
    

UDANG GORENG BERSAMA TELUR


Bahan-bahannya

27-30 ekor udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 biji telur (kacau sahaja jangan dipukul)
1 tangkai daun kari
1 biji cili merah
serbuk kunyit 
garam dan serbuk perasa
2 - 3 sudu makan marjerin untuk menumis
sedikit air

Cara-cara
1.Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2.Panaskan marjerin kemudian tumis bahan yang dikisar
3. Masukkan telur dan biarkan seketika
4. Kacaukan telur sehingga hancur 
5. Tambahkan sedikit air dan masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit
6. Kacaukan sebentar dan masukkan udang
7. Biarkan udang masak sambil dikacau. Tambah air jika terlalu kering
8. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili merah yang telah dipotong
9. Balik-balikkan sebentar dan bolehlah diangkat