Friday, 28 June 2013

ROTI LAPIS MAGGIE


Bahan-bahan

1 paket mee maggie perisa ayam
3 cawan air
4 keping roti gardenia (100% WholeGrain with Sunflower Seeds)
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh serbuk kiub pati ayam maggie
1/2 sudu teh lada sulah
secubit garam
sedikit minyak
sedikit lobak merah dipotong memanjang
sedikit daun sup dipotong kecil-kecil

Cara-cara
1. Masak serbuk perencah mee maggie bersama 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan mee maggie dan lobak merah ke dalam air tersebut dan biarkan mee kembang sedikit
3. Toskan mee dan biarkan ia sejuk sedikit
4. Gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dan campurkan juga daun sup
5. Ambil sekeping roti, letakkan campuran mee dan tutup dengan sekeping lagi roti
6. Di dalam bekas yang lain pecahkan telur, tambahkan kiub pati ayam, lada sulah dan garam
7. Kacau hingga sebati tetapi jangan dipukul
8. Celupkan roti tadi dan goreng menggunakan kuali tidak melekat yang telah disapu dengan sedikit minyak
9. Balik-balikkan sehingga masak 
10. Ulang proses ini untuk 2 keping lagi roti
11. Apabila telah masak potonglah sesuka hati dan hidangkan bersama sos cili

Sunday, 23 June 2013

SUP TELUR DADAR

Bahan-Bahan

3 biji telur
500ml air
1 sudu makan rempah sup
2 ulas bawang putih dipotong nipis
1cm halia dipotong memanjang
1/2 biji buah tomato dipotong dadu
6 biji cili padi dipotong kecil-kecil
1 tangkai daun sup dipotong kecil-kecil
2 sudu makan bawang goreng
1/2 biji limau nipis
sedikit lada sulah
sedikit minyak

Cara-cara
1.Pecahkan telur , campurkan dengan lada sulah dan secubit garam.Pukul sedikit
2. Bahagikan kepada tiga bahagian dan dadar nipis-nipis
3. Apabila telah masak gulungkan telur dan potong sederhana nipis. Masukkan dalam sebuah mangkuk dan ketepikan

4. Di dalam sebuah periuk tumiskan bawang putih dan halia menggunakan minyak sedikit
5. Apabila telah wangi masukkan air dan rempah sup.



6. Kacau sehingga mendidih
7. Masukkan garam mengikut rasa, kacau sebentar dan angkat
8. Tuangkan keatas telur tadi
9. Taburkan semua bahan yang lain dan perahkan limau nipis
10. Sedia untuk dihidang


Saturday, 22 June 2013

IKAN SINGGANG

Bahan-Bahan

3 ekor ikan kembung yang telah dibersihkan
500ml air
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 helai daun limau purut
3 keping asam keping
garam dan serbuk perasa atau gula secukup rasa

Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia serta cili padi
2. Satukan bahan yang ditumbuk dengan air, asam keping, daun limau purut dan ikan
3. Masak hingga mendidih sambil dibalik-balikkan ikan tersebut
4. Sesuaikan rasanya dengan garam dan serbuk perasa atau gula
5. Biarkan sebentar dan angkat
6. Sedia untuk dihidang

Tuesday, 21 May 2013

KEK JAGUNG BLENDED

 
Adaptasi dari Kek Orange Blended

Bahan A

3 biji telur gred B
1 cawan minyak
1 3/4 cawan gula kastor
1/2 tin jagung dalam tin jenis berkrim

Blend semua bahan hingga sebati

Bahan B

2 cawan tepung gandum 
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Ayak semua bahan


Cara membuatnya:

1. Tuangkan bahan yang telah diblender kedalam sebuah bekas
2. Masukkan bahan B sedikit-sedikit sambil dikacau 
3. Akhir sekali masukkan 1/2 tin lagi jagung tadi dan kacau hingga rata
4. Bakar adunan tersebut di dalam pemanggang ajaib
5. Apabila kek hampir masak terbalikkan pemanggang ajaib dan bakar lagi selama 5 atau 10 minit  supaya ke dua-dua belah kek serata warnanya.


Monday, 29 April 2013

AYAM PERCIK PUTIH

Resepi dari kakak ipar NA

Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong 3 dan bersihkan
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dipotong memanjang
2 batang serai diketuk
Air, garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan B
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
(semua bahan B dikisar)

2 cawan santan 
2 sudu beras yang telah dikisar halus
3 batang serai diketuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Rebus bahan A sehingga ayam empuk
2. Bakar ayam menggunakan pemanggang ajaib sehingga ayam kekuningan. Sesekali semasa ayam dibakar renjiskan dengan sedikit kuahnya
3. Untuk kuahnya satukan bahan kisar dengan santan, serbuk beras, serai, serbuk lada hitam, asam keping, gula dan garam. Masak hingga pekat.
4. Curahkan keatas ayam yang telah dibakar/panggang semasa menghidang.


JAPANESE CHEESE CAKE

resepi dari sahabat fb....Ucu Tipah


BAHAN A
200ML SUSU SEGAR/CAIR
5/6 KEPING CHEEDAR CHEESE
100GM MAJERIN/BUTTER

BAHAN B
4 BUTIR KUNING TELUR
1 SUDU ESEN VANILA

BAHAN C
110 GM TEPUNG KEK(TEPUNG NAIK SENDIR ) (3/4 CAWAN)

BAHAN D
4 BUTIR PUTIH TELUR
90GM GULA CASTUR  ( NA GUNA 1/2 CAWAN GULA AISING )
1 SUDU KFC CREAM OF TAR TAR

CARANYA
SATUKAN CHEEDAR CHEESE(KOYAK2 KAN DULU)SUSU DAN BUTTER . MASAK ATAS API KECIL SAMPAI HANCUR SAMBIL TU KACAU JGN SAMPAI BERKETUL2 DAH SIAP KETEPIKAN BIAR IA SEJUK
KUNING TELUR DAN ESEN VANILA DIPUKUL SAMPAI KEMBANG N BERCREAM SIAP MASUKAN BAHAN C N BAHAN A BERSELANG SELI KACAU KAUP BALIK JER SIPA KETEPIKAN
DALAM BEKAS LAIN PUKUL PUTIH TELUR SAMPAI BERBUIH N MASUKAN GULA CASTUR N CREAM OFF TAR TAR PUKUL LAJU SAMPAI KENTAL N BERTANDUK KALAU DITERBALIKKAN XJATUH N AMBIL SEPARUH PUTIH TELUR TADI CAMPURKAN DLM ADUNAN TEPUNG SECARA KAUP BALIK BUAT SAMPAI HABIS SIAP MASUKKAN DLM LOYANG YG TELAH DISAPU MAJERIN N DIALAS KERTAS MINYAK SIAP LEH DIBAKAR MASUKKAN LOYANG BERISI ADUNAN KEDLM LOYANG BERISI AIR PANAS(LOYANG LEBIH BESAR) N BAKAR SECARA DOUBLE BOIL DGN SUHU 150 DARJAH SELAMA 1JAM MULA 2API ATAS BAWAH SELAMA 15-20MINIT PAS TU API BAWAH JER SAMPAI MASAK SIAP KELUARKAN N BIARKAN 5 MINIT N TERBALIKKAN N TUNGGU SEJUK BARU DIBUH TOPPING YG DISUKAI
  

KUIH LAPIS


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
secubit garam
pewarna hijau

Cara Membuatnya :
Gaul semua bahan-bahan dan tapiskan (NA guna blender)
Bahagikan kepada 2 bahagian (1 warna hijau/ 1 warna putih)
Panaskan kukus, sapu sedikit minyak pada acuan lompang.
Setiap lapisan kukus selama 3 minit.
Lapisan terakhir 10 minit.