Friday 3 February 2012

SARDIN GULUNG

MENU MINUM PETANG NA HARI NI...........MUDAH DAN RINGKAS


Bahan-bahan


1 bungkus roti ( NA guna roti yang beli kat Kedai 1 Malaysia  je )
1 tin kecil sardin dalam tin (NA guna jenama Ayam Brand )
1/2  biji bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil2
sedikit air perahan limau nipis
1 biji telur ( kacau sahaja...jangan dipukul )
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1. Untuk inti campurkan sardin, bawang besar , cili merah dan air perahan limau nipis.Gaul sebati
2. Kukus 2 keping roti hingga ia lembut (lebih kurang 1 -2 minit )
3. Canai roti yang masih panas hingga nipis
4. Potong sekeping roti kepada dua bahagian.
5. Ambil satu bahagian roti, letakkan intinya dan gulung
6. Supaya gulungan sardin tidak terbuka, dihujung gulungan lekatkan dengan sapuan telur
7. Buatlah hingga semua roti habis
8.Akhir sekali goreng gulungan sardin sehingga masak


NOTA : Jika anda tidak berminat dengan sardin boleh juga gantikan inti dengan sosej , tuna ataupun sambal bilis

0 comments:

Post a Comment