Friday, 13 April 2012

SOTONG MASAK KICAP DAN CILI KERING


Bahan-Bahan

1/2 kilo sotong (bersihkan dan potong kecil-kecil)
10 tangkai cili kering dipotong mengikut kesukaan
 5 ulas bawang putih dikisar
1 labu bawang besar dibelah empat dan dipotong dua
5 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee keluaran Tamin)
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Sotong digoreng tanpa minyak sekadar untuk mengeluarkan airnya dan toskan
2. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing dan ketepikan
3. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga naik baunya
4. Masukkan air asam jawa , kicap, garam , gula dan bawang besar
5. Masak sehingga hampir kering masukkan sotong
6. Balik-balikkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili kering yang digoreng
7. Sebatikan dan angkat

KEK ORANGE BLENDED



Bahan-bahan:
1 biji buah orange
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*   }bahan * diayak bersama
1 sb baking powder* dan 1 sudu teh soda bikarbonat


Cara-cara:
1)Cuci buah orange,potong dan buang biji dan urat putih ditengah2nya.potong lagi kecil2 bersama dengan kulitnya sekali.
2)Masukkan dalam blender bersama minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus
3)Tuang bahan kisar tadi dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau  hingga sebati. Tambah pewarna kuning jika suka.
4)Kukus hingga masak

Tuesday, 10 April 2012

ROTI JALA


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak
3/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1 1/2  cawan air
1/2 cawan susu cair
sedikit kunyit atau pewarna kuning
acuan roti jala

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dan blend
2. Oleskan kuali dengan sedikit minyak
3. Menggunakan acuan roti jala kirailah adunan diatas kuali
4. Apabila masak angkat dan gulungkan seperti membuat ketayap
    ketika masih panas

HATI LEMBU MASAK KICAP


BAHAN-BAHAN

1/2 kilo hati lembu
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 sudu makan kicap manis ADABI
2 sudu makan gula
3 sudu makan cili giling
1 biji bawang besar (potong bulat )
1 biji cili merah ( belah empat )
1 cawan air
3 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee TAMIN)
3 sudu makan cuka
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa ( Jika suka )
Minyak untuk menumis


CARA-CARA


1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Hati dibersihkan dan potong mengikut kesukaan. Perap hati dengan bahan kisar,
    gula dan kicap manis selama 1/2 jam
3. Panaskan minyak , tumis cili giling hingga naik baunya.      kemudian masukkan
    bawang besar dan tumis lagi hingga bawang layu.
4. Masukkan pula hati dan kacau lagi.Masukkan 1 cawan air jika masakan
    nampak kering.
5.Teruskan memasak hati sehingga masakan nampak agak kering
6. Akhir sekali masukkan kicap hitam, cuka dan cili merah, garam dan serbuk perasa
7. Kacaulah sehingga masak




NOTA : Jika tak suka hati lembu, gunakan hati ayam pun boleh

MASAK LEMAK PETOLA


Bahan-bahan
2 biji petola sederhana besar ( potong bulat)
8 ulas bawang merag
2 ulas bawang potih
1cm halia
Sejemput ikan bilis
100ml santan (NA pakai santan kotak)
700ml air
1 sudu makan lada hitam ( tumbuk kasar )
2 sudu kfc garam


Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis
2. Rebus bahan kisar bersama 700ml air
3. Bila mendidih masukkan garam dan petola
4. Kacau hingga petola separuh masak
5. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi 
6. Akhir sekali masukkan lada hitam 
7.Apabila masakan nampak mendidih sekali lagi, tutup api dan angkat

Sunday, 1 April 2012

KARI AYAM NA

Bahan-bahan


7 ketul ayam dibersihkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 bungkus kecil rempah kari ayam/daging ADABI
1 sudu makan cili giling ADABI
700ml air
100ml santan 
2 sudu makan kerisik
2 biji ubi kentang dibelah 4
1/2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara- Cara
1. Rempah dan cili giling jadikan pes
2. Mayang semua bawang dan halia
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari
4. Apabila naik baunya masukkan rempah
5. Kacau hingga naik minyak 
6. Masukan air, ayam dan kentang
7. Kacau sehingga kentang dan daging ayam empuk
8. Masukkan garam , santan dan kacau lagi
9. Akhir sekali masukkan asam keping dan juga kerisik
10. Biarkan mendidih dan angkat

KURMA DAGING

Bahan-bahan


800gm daging 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai (diketuk)
1 bungkus kecil rempah kurma (24gm) daging ADABI
4 sudu makan kerisik
1/2 cawan bawang goreng
1 biji bawang besar (belah 4)
2 biji kentang ( belah 4 )
2 biji cili merah (belah 4 -jangan putus)
100ml santan kotak (NA guna santan MS)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Daging dipotong, bersihkan dan campur dengan rempah kurma. Biarkan 1/2 jam
2. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia
3. Panaskan minyak  dan tumis bahan yang dimayang bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga  serai
4. Setelah bahan tumis berbau wangi masukkan daging tadi
5. Kacau sebentar dan tambah air. Biarkan diatas dapur sambil dikacau selama 1 jam dan sentiasa tambah air jika masakan anda nampak agak kering
6. Selepas 1 jam masukkan kentang dan kacau lagi selama 20minit. Jika nampak kering tambah air
7. Masukan pula santan dan kacau lagi 20 minit
8. Masukkan pula bawang besar, cili merah dan kerisik
9. Kacau lagi selama 10 minit dan sebelum diangkat masukkan bawang goreng
10. Siap untuk dihidang



Nota : Memasak daging kurma memerlukan masa yang lama. Anda perlu sentiasa memerhatikan masakan ini. Sentiasa tambah air jika nampak ianya agak kering.