Thursday, 26 January 2012

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Makanan masih tidak seimbang jika ada sayur tapi tiada lauknya....jadi untuk tengahari ini NA juga sediakan lauknya.....Ikan Bawal Masak Masam Manis.....


Bahan-bahan
 2 ekor ikan bawal yang kecil  ( letak garam kunyit 
dan goreng)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar ( potong bulat)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 batang timun (buang biji dan potong memanjang)
1 biji buah tomato dibelah empat
7 sudu makan cili giling
4 sdudu makan cili sos
3 sudu makan cuka
2 1/2 sudu kfc garam
2 sudu makan gula
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak 

Cara-cara
 1.Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang
2. Cili merah dan cili hijau di potong serong
3. Panaskan minyak dan tumis cili giling
4. Bila agak garing masukkan bawang besar dan bahan-bahan no.1
5. Bila bawang layu, masukkan cili sos, cuka, gula dan garam
6. Masukkan air dan kacau hingga sebati
6. Biarkan mendidih kemudian masukkan timun, cili merah dan tomato (nak letak karot pun boleh)
7. Kacau sebati dan masukkan ikan
8. Balik-balikkan ikan dan angkat
9. Jika hendakkan ikan sentiasa garing....tuangkan sahaja kuah diatas ikan

KERABU SELOM BERSARDIN

Menu NA tengahari ni......mudah dan ringkas.......jemput makan



Bahan-bahan


1 ikat daun selom
1 kuntum bunga kantan
1 1/2 biji cili merah
1/2 tin sardin ( NA guna sardin ADABI )
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
 Air perahan limau nipis
sedikit garam


Cara-cara
1. Potong kecil-kecil daun selom, bunga kantan dan cili merah
2. Satukan di dalam sebuah bekas


3. Dalam sebuah bekas yang lain satukan bawang yang dipotong dadu, sardin, air perahan limau nipis dan garam




4. Masukkan ke dalam campuran sayuran tadi dan gaul sehingga rata
5. Sedia untuk dihidangkan

Tuesday, 24 January 2012

PUDING ROTI KARAMEL

Dedekasi untuk rakan sekerja Pn. Norhifzan Che Jalil......terima kasih atas perkongsian resepi ini...


Bahan-Bahan
 3 sudu makan gula (untuk gula hangus)
 4 1/2 keping roti gardenia
 1 tin susu cair
 4 biji telur
 1/2 cawan gula
 esen vanilla


Cara-cara


1. Panaskan gula dalam loyang dengan api sederhana untuk membuat gula hangus dan ketepikan.



2. Blend semua bahan yang lain sehingga sebati dan tuangkan diatas karamel tadi


3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak


4. Terbalikkan puding ini apabila ia telah sejuk



Nota : Jika suka puding ini berkuah tambah 1 sudu gula lagi untuk gula hangus

Monday, 23 January 2012

PUFF TUNA


Resepi ni NA jumpa dalam akhbar Harian Metro.....mudah dan ringkas cara membuatnya...meh la cuba....




Bahan-bahan

4 keping roti parata segera ( NA guna 5 keping )
1 tin kecil isi ikan tuna ( NA guna Ayam Brand Tuna Cilli )
2 sudu besar mayonis
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji kuning telur untuk disapu di atas puff


Cara-cara
1. Sediakan inti dengan mencampurkan semua bahan kecuali roti parata
2. Bahagikan roti parata kepada empat bahagian
3. Ambil satu bahagian, masukkan inti dan lipat menjadi bentuk segi tiga.Buat sehingga habis kepingan roti 
4. Susun atas dulang pembakar yang telah dioles dengan marjerin
5. Potong sedikit bahagian atas puff tuna dan sapukan dengan kuning telur
6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 25 hingga 30 minit
7. Sedia untuk dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang

Friday, 20 January 2012

GULAI LEMAK TIMUN IKAN MASIN


Bahan-bahan

Beberapa ketul isi ikan talang masin (direndam semalaman)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
10 biji cili padi
7 sudu kfc kunyit serbuk
2 sudu kfc garam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1000ml air
300ml santan
1/2 biji timun dibuang biji dan potong mengikut kesukaan

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan dengan air dan masak hingga mendidih
3. Masukkan timun dan ikan. Biarkan seketika
4. Masukkan santan dan serbuk kunyit serta garam
5. Bila hampir masak, masukkan lada hitam
6. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Monday, 16 January 2012

APAM GULA HANGUS

NA cuba resepi dari blog Syakitchen.......inilah hasilnya




Bahan-bahan


 2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung diayak


Cara-cara


1. Masak gula hangus hingga keemasan dan tutup api. Campur dengan 1 cawan air dan pasang kembali api. kacau sebati dan sejukkan.
2.Blend susu, minyak, telur dan marjerin selama 3 minit
3.Masukkan gula hangus dan soda. Kisar lagi
4. Masukkan tepung dan kisar lagi
5. Masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam acuan yang dialas paper cup
6. Kukus sehingga masak

BAHULU KUKUS LAPIS DAGING


Bahan Bahulu

6 biji telur
1 sudu makan ovalette
1/2 cawan gula halus
sedikit esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 1/2 sudu makan minyak masak

Bahan Inti

200gm daging kisar
5 sudu makan rempah kari daging
3 biji ubi kentang dipotong dadu
1 cawan sayur campur
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 inci kulit kayu manis
sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuat inti
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan rempah dan air supaya menjadi seperti pes
3. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar sehingga kuning
4. Masukkan rempah dan kacau seketika. Kemudian masukkan daqging, kentang dan air
5. Bila daging dan ubi empuk masukkan bawang besar, sayur campur dan garam
6. Masak hingga kering dan sejukkan.

Cara membuat bahulu
1.Pukul telur, ovalette, gula dan tepung hingga kembang dengan kelajuan maksima selama 6 hingga 8 minit
2.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan bahulu
3.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Sediakan acuan, alaskan kertas dan sapu minyak
4.Masukkan adunan pertama dan kukus. Masukkan sebahagian inti daging diatasnya. Kemudian masukkan satu lagi adunan tepung dan kukus semula. Buatlah sampai habis dan kukus hingga masak

# JANGAN LUPA PASTIKAN PENGUKUS DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM AKTIVITI MENGUKUS DILAKUKAN