Monday, 27 February 2012

BUBUR BARLI BERJAGUNG


Bahan-bahan

100 gm barli
1 tin jagung manis buang airnya  ( NA guna jenama Ayam Brand)
1500 ml air
400ml santan (NA guna santan kotak jenama M&S )
1 cawan gula
7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
2 helai daun pandan ( disimpul)
Sedikit garam

Cara-cara
1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.


                                                           Inilah jagung yang NA gunakan

REMPEYEK KACANG DAL


Bahan-bahan

100 gram tepung beras
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
sedikit serbuk perasa
1 sudu makan santan
1 1/2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 biji telur
175ml air
Ikan bilis dan Rosted Kacang Dal secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara- cara
1.  Tumbuk /kisar kasar ketumbar, jintan manis dan jintan putih
2.  Gaul sebati dengan semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang dal
3.  Masukkan acuan rempeyek kedalam minyak menggoreng dan biarkan ia betul-betul panas kira-kira
     3 - 5 minit.
4.  Apabila acuan telah panas, angkat acuan dan masukkan adunan tepung tadi, letakkan kacang dal dan ikan
     bilis.
5.  Masukkan semula ke dalam minyak dan gorenglah hingga masak.

Friday, 10 February 2012

SAYUR LEMAK KUNING PUCUK PAKU

Jom kita masak pucuk paku..............


Bahan-bahan


1 ikat pucuk paku ( potong dan bersihkan)
1/2 cawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji cili padi
700 ml air
200 ml santan ( NA pakai santan kotak MS je )
2 sudu kfc garam
4 sudu kfc serbuk kunyit


Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan separuh daripada ikan bils
2. Campurkan bahan kisar, separuh lagi ikan bilis dan air. Masak hingga mendidih
3. Masukkan garam dan santan dan serbuk kunyit
4. Kacau hingga mendidih sekali lagi 
5. Masukkan pucuk paku. Kacau-kacau sebentar dan angkat

SAYUR LEMAK KUBIS IKAN BILIS


Bahan-bahan


1/4 biji  kubis panjang dipotong 
1/2 biji karet dipotong memanjang
1 biji cili merah dipotong serong
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 cawan ikan bilis
700 ml air
200 ml santan ( NA pakai santan kotak MS)
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
2 sudu kfc garam
serbuk perasa jika suka


Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan separuh daripada ikan bilis
2. Campurkan bahan kisar , air dan separuh lagi ikan bilis. Masak sampai mendidih
3. Masukkan garam dan jika suka masukkan serbuk perasa
4. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih sekali lagi.
5. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan seketika
6. Akhir sekali masukkan lada hitam. Balik-balikkan dan angkat

Tuesday, 7 February 2012

KEK GULA HANGUS




Bahan-bahan 


1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. 




Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.




Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.


Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.


Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam


Sumber Resepi : My Resepi

Friday, 3 February 2012

SARDIN GULUNG

MENU MINUM PETANG NA HARI NI...........MUDAH DAN RINGKAS


Bahan-bahan


1 bungkus roti ( NA guna roti yang beli kat Kedai 1 Malaysia  je )
1 tin kecil sardin dalam tin (NA guna jenama Ayam Brand )
1/2  biji bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil2
sedikit air perahan limau nipis
1 biji telur ( kacau sahaja...jangan dipukul )
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1. Untuk inti campurkan sardin, bawang besar , cili merah dan air perahan limau nipis.Gaul sebati
2. Kukus 2 keping roti hingga ia lembut (lebih kurang 1 -2 minit )
3. Canai roti yang masih panas hingga nipis
4. Potong sekeping roti kepada dua bahagian.
5. Ambil satu bahagian roti, letakkan intinya dan gulung
6. Supaya gulungan sardin tidak terbuka, dihujung gulungan lekatkan dengan sapuan telur
7. Buatlah hingga semua roti habis
8.Akhir sekali goreng gulungan sardin sehingga masak


NOTA : Jika anda tidak berminat dengan sardin boleh juga gantikan inti dengan sosej , tuna ataupun sambal bilis

Thursday, 2 February 2012

CREAM PUFF JAGUNG


Mencuba salah satu resepi daripada  My Resepi



Bahan-bahan
  • 125 gm self raising flour
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
Cara-cara

Cara-cara untuk puff
1.       .Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
2.   Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3.      Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4.     Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
5.      Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti
1.       Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.          Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff 


SAMBAL TEMPE


Bahan-bahan


2 keping tempe (potong kecil-kecil dan goreng)
2 biji ubi kentang (potong memanjang dan goreng)
100gm ikan bilis (goreng)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
250gm cili giling
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya


Cara-cara
1. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang
2.Tumis sehingga kekuningan
3. Masukkan cili giling  dan masak hingga naik minyak
4. Jika agak pekat boleh juga tambah sedikit air
5. Masukkan gula dan garam mengikut rasa
6. Biarkan seketika dan tutup api.
7.Masukkan semua bahan yang digoreng tadi dan gaul hingga rata
8. Sedia untuk dihidang