Wednesday, 4 January 2012

KEK BUAH

Resepi kek buah ni rakan sekerja yang bagi....terima kasih cikgu Normah...kek yang sarat dengan buah-buahan ini sangat sedap dan mudah je dah buatnya.....jom masak....




Bahan A
1 cawan gula perang  atau gula pasir
1 cawan air
375gm buah2an campuran
250 gm buttercup atau majerin
Sedikit sanquick

Bahan B
5 biji telur
Esen vanilla

Bahan C
2 ½  cawan tepung gandum
1camt soda bikar bonat
50 gm badam cincang

Cara-cara
1.       Campurkan semua bahan A dan dimasak hingga pekat sedikit. Sejukkan. Supaya bahan ini cepat sejuk rendamkan bekas berisi bahan A di dalam bekas berisi air
2.       Bahan B dicampur dan dipukul sedikit
3.       Untuk bahan C….ayak tepung dan soda kemudian gaulkan dengan badam
4.       Campur semua bahan dan bakar atau kukus sehingga masak

AGAR - AGAR KOKTEL

Ini juga salah satu resepi dari My Resepi ...Sebenarnya banyak jasa My Resepi kepada NA...tq My Resepi...




Resepinya kat bawah ni ye....


10gm serbuk agar-agar
100ml (1/2 cawan susu cair )
200gm gula (1 cawan)
1500ml air (5 gelas)
1 tin besar koktel
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak sehingga mendidih agar-agar, sirap koktel, gula , daun pandan dan air
2.Perlahankan api. Ambil semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yang bercampur ketulan ais. Bila dah agak keras, ambil sudu dan kacau supaya jadi berketul-ketul
3. Dalam periuk yang ada agar-agar tadi masukkan susu.Biar hingga mendidih dan padamkan api
4. Tapis agar-agar susu kedalam loyang
5. Masukkan buah koktel dan juga semangkuk agar-agar tadi (langkah 2)
6. Sejukkan




KEK KARAMEL

Dah lama NA cari resepi Kek Karamel...tapi tahun lepas tahun bertuah untuk NA kerana ada pelajar NA yang sudi memberikan resepi tersebut......inilah hasilnya.....kek karamel pertama NA....walau coraknya tak cantik tapi rasanya tetap sedap....



Setiap kali  kek yang NA buat menjadi pasti NA akan khabarnya kepada rakan FB iaitu Cik Nor...kerana Cik Nor suka jugak buat kek





Yang ini kek karamel yang Cik Nor buat ...cantik dan berbelang-belang....kata cik Nor dah 9 biji kek karamel dia buat....rajin sungguh sahabat NA ni.....


Bahan-Bahannya
2 camb gula pasir
5 biji telur asingkan kuning dan putihnya
½ cawan gula pasir yang dikisar halus
½ cawan gula aising
1 cawan susu cair
½ cawan minyak
½ cawan air sejuk
1 cawan tepung gandum
1camt krim tartar
Esen vanilla

Cara membuatnya
1.       Gula pasir (2camb) tabur dalam tin pembakar dan panaskan hingga menjadi perang. Ketepikan dan biarkan sejuk
2.       Kuning telur campur dengan ½ cawan gula pasir yang dikisar, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga sebati dan ketepikan
3.       Tepung gandum dicampur dengan minyak dan air sejuk .Kacau hingga sebati dan ketepikan.
4.       Pukul putih telur dengan mixer (kelajuan paling tinggi/No.5) hingga kembang dan ringan. Masukkan gula aising dan krim tartar. Putar lagi dengan mixer No.5.  Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan putar sekejap sahaja dengan mixer kelajuan paling rendah/No.1.
(kalau suka warnakanlah dengan apa-apa warna kegemaran anda)
5.       Ambil  loyang pembakar tadi, masukkan campuran merah telur diikuti dengan campuran putih telur
6.       Masukkan loyang tadi kedalam bekas yang berisi air dan bakar sehingga masak. 
7.       Apabila masak biarkan sejuk sebelum diterbalikkan

     
*** Nota : Sebelum  membakar kek ini pastikan dulang berisi adunan di lapik dengan dulang yang lebih besar yang diisi air supaya karamel tidak hangus



APAM BALIK

Kalau pergi kat pasar malam je selalu nampak orang jual apam balik....nampak mudah je membuatnya...cari punya cari akhirnya NA dapat satu resepi dari My Resepi ...ternyata memang mudah nak buat....lepas ni tak payah pegi pasar malam lagi kalau nak makan apam balik...kat rumah pun boleh buat...jom masak-masak...



Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air
sedikit mentega untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah, gula, jagung dalam tin 


Cara-cara
1. Mesin gula dan telur sehingga kembang
2. Masukkan soda, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi
3. Masukkan tepung dan mesin lagi hingga sebati
4. Oleskan permukaan kuali tak melekat dengan mentega/marjerin  dan tuangkan 1 senduk  adunan .Nipiskan
5. Biarkan seketika dan sementara menunggu masak taburkan bahan tabur diatasnya.
6. Apabila masak lipat dua dan angkat.

PUDING ROTI PISANG

Masa NA membelek buku resepi zaman sekolah dulu terpandang  pula pada resepi ni....Kebetulan pisang yang ditanam oleh suami telah masak dan diatas meja ada roti gardenia belum terusik....jadi apa lagi....terus je memasak...



  
                                     Di depan tu Puding Roti Pisang 
   
Bahan-bahannya

10 keping roti
10 biji pisang emas
2 biji telur
1 cawan susu cair
3 sudu besar gula

Cara-cara
1.Roti dipotong kecil-kecil
2.Pisang dibuang kulit dan diramas dengan gula
3.Gaul rata roti dan pisang
4. Telur dipukul sedikit dan masukkan susu cair
5. Tuangkan kedalam adunan pisang dan gaul rata
6. Biarkan selama 10 minit sebelum dibakar sehingga masak

****dalam peti ais NA nampak ada sekotak kecil kismis..so NA campur je dalam adunan tu supaya nampak lebih cantik.

Tuesday, 3 January 2012

KEK LUMUT

Kek paling mahal NA pernah buat adalah Kek Lumut.....ape taknye semua bahan ada di dalamnya...mahal2 semuanya...horlick , serikaya , susu pekat manis ....buttercups lagi....Tapi bila tengok hasilnya....nikmat sungguh.....jom kita masak





yang ni kek lumut NA


                                  ini kek lumut sahabat NA....Cik Nor

Bahan-bahan


1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250gm mentega
4 biji telur gred A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim
2. Masukkan telur sebiji  dan pukul hingga sebati menggunakan kelajuan sederhana. Ulangi proses sehingga telur habis
3. Masukkan susu dan serikaya dan pukul lagi
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan horlicks dan gaul sebati
5. Masukkan pewarna dan esen vanilla. Sebatikan.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (2 jam 30 minit )

*** Jangan lupa sapukan dahulu loyang dengan mentega atau minyak

KEK LAPIS BISKUT SULTANA

Selain melayari FB, NA juga selalu melayari laman web My Resepi. NA jumpa satu resepi yang simple, terus NA mencubanya....menjadi pulak tu....tq My Resepi.....jom masak



versi kuning dan hijau



versi merah dan kuning

Bahan-bahan


1 cawan mentega (227 gram)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 kotak biskut sultana
asam hawflakes secukupnya
pewarna kuning dan hijau


Cara-cara
1.Pukul dengan kelajuan tinggi mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim
2.Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur satu persatu sambil terus memukul
3.Masukkan tepung gandum sikit2 sambil terus pukul
4.Bila sebati bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna ikut kegemaran
5.Susun adunan bewarna berselang seli dengan biskut sultana dan asam hawflakes sehingga habis
  (Adunan tepung hijau, biskut sultana, adunan tepung kuning, asam hawflakes dan seterusnya)
6. Kukus selama 45 - 50 minit atau sehingga kek masak.



TAK PERLU KUKUS BY LAYER.......jimat masa.....jimat gas.....


NOTA: NA TAMBAH 3 SUDU MAKAN SUSU CAIR SUPAYA KEK NAMPAK LEMBAP.