Bahan-bahan
3 biji telur
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
5 biji cili padi
3 tangkai daun sup
1 sudu teh asam jawa (NA guna asam jawa Extra Adabi )
3 1/2 cawan air
3 sudu kfc (rata) garam
1 sudu kfc (rata) serbuk perasa ( jika suka )
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan asam jawa dan air
3. Tumis bahan yang dimayang. Apabila kekuningan masukkan air asam jawa
4. Bila mendidih masukkan cili padi yang dipotong dua dan juga garam serta serbuk perasa
5. Biarkan seketika dan kecilkan api
6. Pecahkan telur dan biarkan ia masak
7. Taburkan daun sup yang telah dipotong dan sedikit lada sulah. Tutup api.
Nota : Di dalam langkah yang ke 7 boleh juga masukkan potongan buah tomato dan taburkan bawang goreng untuk variasi warna yang lebih menarik
ketika dimasak
siap dihidang
0 comments:
Post a Comment